Warga emas cacat penglihatan sanggup jalan kaki 35km,Demi Vaksin

Baru-baru, ini seorang warga emas berusia 78 tahun telah meraih perhatian netizen di laman sosial kerana sanggup berjalan kaki semata-mata untuk mengambil vaksin.

Difahamkan lagi, Shaikh Ramly Sheikh Ahmad telah berjalan sepanjang 35 kilometer (km) dari Kampung Kertau menuju ke Klinik Kesihatan Kuala Wau, Pahang.

Mula berjalan seawal 6 pagi

Menurut Shaikh, dia mula berjalan seorang diri sejak pukul 6 pagi sambil bertongkat dan membawa sebuah beg.

Namun, apa yang lebih mengharukan, warga emas berkenaan turut mempunyai masalah cacat penglihatan. Disebabkan itulah dia terpaksa membawa tongkat sepanjang perjalanan.

“Saya keluar rumah seawal jam 6 pagi kerana perlu berjalan untuk ke klinik berkenaan yang terletak agak jauh dari rumah.


“Saya memang harap dapat suntikan hari ini kerana saya tidak pernah mendaftar vaksinasi disebabkan tiada kemudahan teknologi, selain masalah penglihatan,” katanya menerusi akhbar Berita Harian.

Dalam pada itu, meninjau ke laman sosial Twitter ramai netizen memberi reaksi terkejut tatkala mengetahui perkhabaran tersebut.

Malah ada juga yang mempersoalkan dimanakah penglibatan menteri serta pihak bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Mohon check jiran2 korang


Yang sihat pun marathon 42km ambil masa 6 jam


Harap2 dia dapat vaksin



Tonton video penuh:

Sumber: Berita Harian (Raja Noraina Raja), Twitter @Hazrey via ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!