(Video) Seolah-olah Tahu Sedang Sakit, Monyet Lawat & Peluk Wanita Tua Yang Selalu Berinya Makan

Pelbagai video di media sosial yang telah banyak membuktikan bahawa haiwan juga turut mempunyai hati dan perasaan sama seperti manusia.

Satu video berkenaan seekor monyet yang berpelukan dengan seorang wanita tua yang tular pada baru-baru ini juga sekali lagi membuktikan mengenai perkara tersebut.

Menurut keterangan video terbabit, monyet tersebut telah mengunjungi wanita tua itu semasa dia sedang jatuh sakit.

Video tersebut asalnya dikongsi di laman Reddit sebelum tersebar di laman YouTube.

Dalam video itu, monyet tersebut dapat dilihat duduk di sebelah seorang wanita tua yang sedang terbaring di atas katil, sementara seorang lagi wanita berdiri di dalam bilik yang sama sambil tersenyum melihat mereka berdua.


Wanita tua itu dapat dilihat mula menyentuh belakang badan monyet tersebut sebelum monyet itu bertindak memeluknya.

Pada momen berikutnya, monyet itu terus duduk di atas wanita berkenaan dan sekali lagi memeluknya.

Monyet itu kemudiannya mengusap rambut wanita tua berkenaan untuk kali terakhir sebelum meluru ke pintu keluar meninggalkan mereka.

Menurut kapsyen video tersebut, wanita tua itu selalu memberi makan kepada monyet itu dan dia tidak dapat memberikan monyet itu makan lagi kerana dia telah jatuh sakit.

Monyet tersebut difahamkan berkunjung ke rumah wanita berkenaan kerana seolah-olah rindu untuk bertemu dengan wanita itu.

Video tersebut lantas menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 450 ribu kali.

Sumber: Republicworld.com via sk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!