Teb4lkan Muka G4ntung Baju Sekolah Anak, Sekali Ini Yang Berlaku

Alor Gajah: “Saya orang tua boleh sahaja makan pucuk kayu diambil tepi jalan tetapi bila memikirkan tiga anak tidak sampai hati dibuatnya,” luah bapa tunggal tiga anak Yaakob Montel, 54, yang menggantung baju putih di hadapan rumahnya.

Dia yang bekerja sendiri sebagai pemandu lori terpaksa mengenepikan perasaan malu dengan berbuat demikian bagi mendapatkan bantuan barangan keperluan buat anak-anaknya yang berusia antara sembilan hingga 17 tahun.

Katanya, selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 awal Jun lalu dia tidak lagi dapat bekerja dan hampir terputus bekalan makanan.

“Saya ingatkan PKP 3.0 hanya sampai Isnin (28 Jun) jadi bolehlah keluar bekerja mencari duit belanja untuk makan anak-anak tetapi bila disambung ia menyebabkan saya seakan hilang arah.




“Minggu pertama serta kedua tidak bekerja boleh lagi saya menampung belanja dengan sedikit duit simpanan tetapi apabila masuk minggu ketiga dan berikutnya bekalan makanan semakin surut. Kami hanya makan nasi berlaukkan telur serta kicap selain memasak mee segera,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Kebaya, di sini, hari ini.

Yaakob berkata,dia berbuat demikian selepas terbaca di Facebook (FB) mengenai saranan mengg4ntung bendera putih sekiranya memerlukan bantuan barangan keperluan.

“Pada Isnin malam saya tidak dapat lelapkan mata kerana terlalu kvsut memikirkan keadaan keluarga yang berbaki tidak sampai 10 biji telur sebelum terbaca di Fb mengenai bendera putih itu.

“Sebenarnya bukan mudah untuk saya berbuat demikian tetapi apabila mengenangkan anak-anak, saya kemudian mengambil baju sekolah lama dan menggantungkan di luar pagar pagi keesokkannya,” katanya.

Menurutnya, tindakan dilakukan itu bukan untuk meminta-minta atau ambil kesempatan sebaliknya hanya untuk mendapatkan keperluan makanan buat anak- anaknya.

KOMEN NETIZEN :






Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih