Sebak, Nenek Berusia 87 Tahun Gigih Meniaga di Pasar, Mlnta RM5 Je Buat BeIi Beras.

Pada saat ini, ramai yang berada dalam kesusahan sehingga terpaksa ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ bagi mencari rezeki untuk meneruskan hidup.

Begitulah seperti kisah menyayat hati mengenai seorang warga emas ini.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh Hanif Asyraf di TikTok, pemuda itu dilihat menghampiri seorang warga emas yang dilihat sedang duduk berniaga di atas lantai di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Masih gigih berniaga walaupun sudah berusia


Biarpun sudah berusia 87 tahun warga emas itu masih gigih mencari rezeki dengan cara menjual nanas, serai dan asam keping.

Difahamkan lagi, dia hanya tinggal sendirian dan sebelah matanya juga sudah hilang penglihatan. Disebabkan tempat tinggalnya agak jauh, dia terpaksa datang ke pasar tersebut dengan menaiki teksi sendirian.

“Kalau tak berniaga, nak makan apa?”

Namun apa yang mengharukan adalah apabila warga emas itu menjelaskan bahawa jika dia tidak berniaga, maka perutnya tidak boleh diisi dengan makanan.


Simpati dengan nasib warga emas berkenaan, pemuda itu pun bertanya jika ada apa-apa yang diperlukan oleh warga emas tersebut.

Bagaimanapun, warga emas itu hanya meminta RM5 sahaja untuk membeli beras serta nasi goreng sebagai makanan untuk mengalas perutnya yang lapar.

Tanpa berlengah, pemuda tersebut terus membelikan dan menyedahkan beras serta makanan untuknya. Jelas, terpancar senyuman kegembiraan di wajahnya selepas menerima pemberian pemuda berhati mulia itu.

Di akhir video, warga emas tersebut menyedekahkan barang jualannya sebagai tanda terima kasih buat pemuda itu.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak tatkala menyaksikan perkongsian pemuda tersebut.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan di mana perginya pihak bertanggungjawab yang sepatutnya mengambil berat hal ehwal rakyat di negeri itu.

Sebak tengok


Murahkanlah rezeki kedua-duanya


Tangan dia bergegar, nampak sangat dia dah lemah tak makan


Terima kasih bantu



Sumber: TikTok Hanif Asyraf , ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share