“Putus Sudah Kasih Sayang Kita Di Dunia…” – Datuk Sari Yanti Menlnggal Dunia

Pelakon Sari Yanti berkongsi berita dvka mengenai pemerglan datuknya, Allahy4rham Mohd Nor Abd Hamid.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“Telah pulang ke Rahmat Allah atuk kesayangan saya, Hj Mohd Nor Bin Abd Hamid.

“Anti (Sari Yanti merujuk dirinya) sayang Atuk, putus sudah kasih sayang kita di dunia, bertemu hendaknya kita di syurga nanti, Amin Allahumma Amin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sari Yanti juga memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan datuknya di alam sana.

“Tolong doakan atuk saya ditempatkan di kalangan para solihin,” tulisnya lagi.


Isteri Jep Sepahtu itu bagaimanapun tidak memaklumkan punca kem4tian datuk kesayangannya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Sari Yanti termasuk rakan-rakan industri mengucapkan takzlah kepadanya dan menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahy4rham.

Di kesempatan ini, Gempak juga ingin mengucapkan takzlah kepada Sari Yanti dan ahli keluarga, semoga Allahy4rham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://gempak.com/