Makcik Ini Ingat OrangKaya Datang Bila Klbar BenderaPutih, SebakDia Bila Tahu Slapa Yang T0long

KUALA LUMPUR – “Mak cik ingat bila pasang bendera putih, orang kaya tak pun menteri yang datang beri b.antuan tapi jiran sini yang keluarkan duit mereka tolong.” Video disediakan di akhir artikel.

Itu luahan warga emas, Halijah Naemat, 74,  salah seorang penghuni di Blok J, Pangsapuri Petaling Perdana, Sri Manja dekat sini yang mengibarkan bendera putih di tingkap rumahnya dengan harapan ada insan yang sudi untuk menghulurkan b.antuan kerana kes.empitan hidup kesan p.andemik C0v1d 19.

Halijah yang mengetahui tentang kempen bendera putih selepas dimaklumkan oleh s.alah seorang jirannya di blok tersebut.


Kredit Gambar

“Mak cik tak tahu sebenarnya pasal bendera putih ini tapi ada jiran India beritahu gantunglah bendera untuk dapat b.antuan jadi mak cik pun buatlah.

“Sebab itu, mak cik ingat orang kaya-kaya yang akan datang untuk memb.antu tapi sebenarnya jiran di sini yang sama-sama kutip duit dan berikan pada mak cik.

Kalaulah mak cik tahu mereka (jiran-jiran) yang bagi, mak cik memang tak mahu,” katanya ketika ditemui hari ini.


Kredit Gambar

Tambah Halijah, keluarga kecilnya itu berdepan kes.ukaran hidup selepas suami, Mohd Rusni Khaman, 58, diberhentikan kerja ketika awal pandemik.

Halijah kini hanya bergantung harap dengan anak lelakinya yang berusia 25 tahun untuk menyara keluarga selepas suaminya tidak lagi mampu untuk bekerja kerana kaki kanannya dip.otong akibat k.encing manis.

Halijah berkata, anak lelakinya itu sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti sambil melakukan kerja sambilan.

“Sejak C0v1d 19 mak cik terpaksa catu makanan, hanya makan pada waktu tengah hari dan malam sahaja, tak ada sarapan pagi. Terpaksalah begini sebab risau tak cukup makanan.

“Apa yang orang bagi seperti minyak dan beras terpaksalah jimat, guna sedikit sahaja. Kalau ada orang bagi ayam, seketul untuk anak dan seketul lagi untuk pak cik. Mak cik sekadar makan nasi dengan telur masin,” ujarnya.

Selain Halijah, seorang lagi penduduk, Puvaneswaran Veeran, 29, turut memohon sekiranya ada pihak berkaitan yang sudi menghulurkan b.antuan kepada keluarganya.


Kredit Gambar

Puvaneswaran tidak bekerja sejak awal Jun lalu selepas diberhentikan oleh majikannya.

Penduduk, Puvaneswaran Veeran memasang bendera putih di hadapan rumahnya bagi membolehkan orang awam tampil menyalurkan b.antuan susulan berdepan dengan kes.usahan k.esan p.andemik C0v1d-19 ketika tinjauan.

“Sebelum ini, saya bekerja sebagai penghantar barang alat ganti di sebuah syarikat tapi sebab l.ockdown berterusan saya hilang kerja.

“Bil elektrik rumah pun sudah tertunggak lebih tiga bulan. Nak cari kerja ketika musim C0v1d 19 ini pun susah. Kalau ada yang sudi bantu kami datanglah ke sini, bukan saya seorang sahaja tapi ramai lagi yang terkesan a.kibat C0v1d 19 ini,” kata bapa kepada seorang anak berusia setahun itu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Neeta Sukumaran, 37, turut mengibarkan bendera di hadapan pintu rumahnya sebagai tanda memohon pertolongan daripada orang ramai.

Jelas Neeta, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai seorang pemandu lori juga tidak menentu sejak C0v1d 19 melanda negara.

“Orang kata bila sudah dapat b.antuan kena turunkan bendera putih, tadi saya ada dapat sedikit barangan asas lepas itu saya terus turunkan bendera.

“Bukan saya sahaja yang terkesan tapi jiran di sekeliling juga sama. Macam jiran depan ini dia seorang ibu tunggal yang tinggal bersama dua anaknya.

“Dia sebelum ini hanya bekerja bersihkan rumah orang jadi sudah l.ockdown ini tak boleh ke mana-mana, tak boleh buat apa-apa kerja,” katanya.


Kredit Gambar

Ketika ditanya sama ada dia malu untuk mengibarkan bendera putih, Neeta berkata, itu sahaja cara yang ada buat masa ini untuk meraih pertolongan.

“Memang rasa segan pada mulanya tapi saya yakin apa yang kami buat tidak s.alah, kami hanya mahukan b.antuan sewajarnya jika ada yang sudi datang tolong,” katanya.

Kredit : MG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!