Kanak-kanak perempuan setahun mavt ditet4k bapa saudara

KUALA SELANGOR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun mavt terkena libasan parng daripada bapa saudara sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Parit Mahang, Jeram di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari selepas berlaku pertngkaran mulut dan pergduhan antara suspek bersama ahli keluarganya di dalam sebuah rumah.




Sumber berkata, suspek dikemudiannya dikatakan telah keluar daripada rumah tersebut sebelum didapati mundar-mandir di tepi rumah.

Katanya, sejurus kemudian jeritan kedengaran daripada rumah sebelah yang dihuni oleh adik iparnya.

“Suspek didapati telah menghayunkan parng panjang untuk menet@k adik ipar dan anak saudaranya.



“Hayunan pertama telah terkena anak saudaranya pada bahagian kepala sebelum suspek bertindak ingin menet@k lagi adik iparnya,” katanya di sini.

Jelasnya, bagaimanapun suspek berjaya ditangkap oleh anggota polis yang hadir selepas menerima maklumat tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K ! ONLINE