Jen4zah Arwah Benjy Telah Selamat Dikebumikan, Disaksikan Ahli Keluarga & Anak Benjy Secara Langsung Menerusi Video

Jenazah pelakon Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim @ Benjy telah selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan Indonesia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SENIMAN, jenazah dikembumikan pada pukul 11.00 pagi (waktu Indonesia) dan selesai 45 minit kemudian, manakala urusan jenazah diuruskan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.

“Seniman diwakili oleh Setiausaha Agung sempat menyaksikan proses pengkebumian Benjy dalam siaran langsung video bersama keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan.

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke Negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat.


Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” jelasnya kenyataan tersebut.

Benjy selamat dikebumikan... keluarga dapat tonton guna panggilan video - “Jika  nak sedekah, dermalah atas nama Ben” - Hiburan | mStar


Pagi semalam industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai pelakon berkenaan yang meningg4l dunia di Medan, Indonesia akibat asma. Pelakon berkenaan menjalani hu kuman penj4ra selama 11 tahun di negara berkenaan atas kesalahan d4dah.

Arwah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Safiya Stephance Kar-Leng dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 16 tahun.

Sumber:facebook

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih