Betapa Gembiranya Mereka Setelah Berjumpa Dengan Ustaz Ebit Lew 

Sebak sayu sangat rasa. Saya sewa 2 biji rumah untuk dijadikan rumah kasih umat ada 4 bilik luas dan selesa. Setakat ini akan menjaga 10 anak yatim dan mereka yang susah untuk dijadikan tempat tinggal dan kelas-kelas aktiviti anak-anak. Menangis melihat anak-anak ini. Kecil lagi setiap hari hidup dengan peperangan. Saya tidur malam disini terfikir risau juga. Inikan pula anak-anak ini sepanjang hidup melalui hidup diuji begini.

Kami ziarah satu keluarga. Seorang ibu tunggal bersama 7 anak kecil lagi. Ada seorang tu baby lagi. Ya Allah. Suaminya syahid baru ini asbab serangan bom. Masa mula sampai semua sedih jer. Saya tengok anak kecil ini hati jadi tak tahan nak menangis. Saya dah sebulan belum jumpa anak isteri dan keluarga dah terasa sayu. Inikan pula anak kecil ini kehilangan ayah mereka. Tapi masih boleh tersenyum. Seronok bila bawa hadiah. Terus semua senyum. Sempat bermain-main terbang dengan anak-anak ini.

Saya bawa terus ke keluarga ini ke rumah kasih umat dan berikan sedikit sumbangan untuk mereka. Dan semua ibu tunggal yang lain. InsyaAllah ada cikgu yang menjaga dan menguruskan tempat ini. Kami akan bayar gajinya.


Ya Allah terasa bersyukur sangat dapat buka kasih umat di Gaza Palestine. Beribu orang kehilangan rumah tempat tinggal, kelaparan, kehilangan orang tersayang. Allahuakbar. Berat rasa hati. Ketika saat saya sendiri dalam diberi pelbagai nikmat. Ya Allah ampunkanlah diriku ini.

Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra. Menjunjung kasih Tuanku DYAM HRH Crown Prince of Johor yang bersama membantu misi ini. Terima kasih tuan puan semua ye yang sentiasa menyokong dan mendoakan.

Terima kasih Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih yang sentiasa mendoakan dan bersama misi ini.

Masyaallah ,Perjuangan Team Ebit Lew Dan Yang Terlibat Tidak Akan Dilupakan Semua Yang Mengingat Nya.

Sumber Facebook :Ebit Lew