Baru Je Balik Dari ɢ4ᴢᴀ, Ustaz Ebit Lew Kini Gerakkan Bantuan Barang Dapur Seluruh Malaysia. Tertera Juga Lokasi Dan No Telefon
Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh Malaysia. Kerja-kerja sukarelewan dan bantuan kemanusian yang digerakkannya cukup masyhur di seluruh tanah air. Kadang-kadang, apabila timbul sahaja isu-isu masyarakat terutamanya melibatkan golongan yang tidak bernasib baik, beliau adalah antara individu terawal yang muncul menghulurkan bantuan.
Malah, baru-baru ini, beliau bersama pasukannya terbang ke bumi G4za untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan disana.
Baru sahaja pulang dan tiba di Malaysia semalam, beliau khabarnya terus menggerakkan misi bantuan makanan untuk seluruh Malaysia pula. Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh beliau sendiri di laman facebooknya sebentar tadi.
Ikuti perkongsian beliau dibawah.
Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini.
Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu.
Lokasi & No Telefon
Kota Kinabalu,Sabah 01121820646
Seberang Perai Utara,Penang 0184636181
Semporna,Sabah 01159023120
Bintulu,Sarawak 0164035460
Senawang,Negeri Sembilan 0173164974
Bandar Kuantan,Pahang 01161096263
Kudat,Sabah 0169771243
Pasir Mas,Kelantan 0179478716
Sungai Petani,Kedah 01127226330
Ipoh,Perak 01151523766
Kunak,Sabah 0166033149
Pasir Gudang JB 0107068364
Kuala Terengganu 01120507611
Kuala Lumpur,Selangor 0176296906
Semoga usaha Ustaz Ebit dipermudahkan dan lebih ramai individu-individu yang sedang dalam kesusahan ketika ini menerima bantuan yang sewajarnya. Kadang-kadang saya cemburu dengan insan yang bernama Ustaz Ebit Lew.
Betapa sedekah yang diberikan kepada manusia yg memerlukannya menjamin kebahagiaannya di Akhirat sana. Terfikir juga kalau saya dikurniakan kekayaan mampukah menjadi seorang yang seperti beliau, sangat dermawan..
Sumber: Siakap Keli
0 Comments
Post a Comment