Bapa Terpaksa Jual 13 Ekor Lembu Selepas Menjadi Punca Kem4tian Anak

Ins1d3n tr4gis menyebabkan anaknya mningg4l dunia ak1bat dis3ret l3mbu mem4ksa bapa mngsa Raja Hishamuddin Raja Yusuf, 29, melepaskan 13 ekor lembu peliharaannya.

Ia termasuk seekor lembu yang menjadi punca kematian Raja Abdul Wafi, 6, yang m4ut ak1bat diser3t sejauh 50 meter, dalam kej4dian jam 6.40 petang di Kampung Rahmat, Jeli, kelmarin.

“Walaupun kesemua lembu itu sudah dijaga sejak lima tahun lalu selain menjadi sumber pendapatan, saya tidak mampu lagi untuk menjaganya mengenangkan apa yang berlaku pada anak sulung.

“Kej4dian berlaku di depan mata saya. Saya menyaksikan bagaimana Abdul Wafi diser3t sehingga mningg4l dunia.


“Dengan apa yang berlaku itu menyebabkan saya trauma dan tidak mampu lagi menjejakkan kaki ke padang untuk menguruskan kesemua lembu terbabit.

“Saya terpaksa melepaskan dengan menjual kesemua 13 ekor lembu tersebut termasuk lembu kesayangan arwah anak saya,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan seorang kanak-kanak mningg4l dunia di Hospital Jeli akibat keced3r4an p4r4h di kepala berikutan diser3t lembu sejauh 50 meter.

Kej4dian berlaku ketika mngsa ke lokasi kej4dian bersama bapanya untuk mengambil lembu peliharaan mereka.

Macam rakan karib anak

Raja Hishamuddin berkata, lembu yang menjadi punca kematian Abdul Wafi itu merupakan lembu yang jinak dengan anaknya.

“Lembu itu sudah seperti rakan karib anak saya dan menjadi binatang kesayangannya sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak sangka ajalnya berakhir disebabkan lembu itu. Setiap petang kami berdua akan bersama-sama ke padang mengambil 13 ekor lembu yang ditambat di lokasi berkenaan kira-kira satu kilometer dari rumah.

“Lembu itu memang menjadi kesayangan anak saya kerana sudah dua tahun kami menjaganya sejak Abdul Wafi berusia empat tahun,” katanya.

Tambah Raja Hishamuddin, bagai masih terngiang-ngiang lagi suara anaknya yang meminta dia tidak menjual lembu kesayangannya berusia dua tahun itu.

“Arwah anak saya terlalu sayangkan lembu ini dan hampir setiap hari dia akan bercakap dengan lembu itu seperti bercakap dengan rakan.

“Namun, saya percaya jika kej4dian itu berlaku kepada orang lain, mereka juga akan mengambil keputusan sama seperti yang saya akan lakukan.

“Saya berharap ada pihak yang berminat untuk beli lembu-lembu ini,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share