Aɴᴀk 7 Tahun Ini Mahu Pihak Pᴏʟis Tanɢᴋap Ayah Dia. Tetapi Bila Pᴏʟis Tanya Kenapa, Jawapan Kanak Kanak Ini Buat Pᴏʟis Terdiam

CHENNAI, INDIA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun telah membuat lap0ran p0lis dan meminta mereka untuk menangkap ayahnya kerana gagal membina tandas di rumah mereka seperti yang dijanjikannya.

Jutaan penduduk di India tidak memiliki tandas di rumah mereka dan lebih kepada pembuangan air secara terbuka di tepi sungai, laut, semak saᴍᴜn dan sebagainya. Ianya merupakan masalah besar yang boleh menyebabkan terjadinya pelbagai jangkitan wᴀʙᴀk penʏᴀᴋit.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai E Hanifa Zaara enggan membuang air di tempat terbuka dan meminta bapanya untuk membina tandas di kawasan rumah mereka.

Bagaimanapun, bapanya hanya sekadar berjanji dan tidak memenuhi permintaan anak perempuannya itu sebelum Hanifa keluar ke balai polis untuk membuat laᴘᴏran terhadap bapanya.


” Kanak-kanak ini datang ke balai membuat laporan terhadap bapanya yang enggan menepati janji untuk membina sebuah tandas dan meminta pihak kami untuk menᴀɴɢkapnya,” ujar Valarmathi yang merupakan salah seorang pegawai polis di situ.

Gambar di atas ini adalah sekadar hiasan semata-mata.

Pegawai polis di balai itu kemudiannya menghubungi bapa kepada Hanifa dan memanggilnya datang kesitu sebelum mereka berdamai dan berkompromi.

Bapanya turut menjelaskan bahawa dia telah membuat pemohonan untuk membina tandas ke perbandaran di bawah kempen yang dilancarkan oleh Perdana Menteri namun tidak menerima sebarang tindak balas ᴘᴏꜱitif.

Kerajaan dibawah pentadbiran Perdana Menteri Narendra Modi telah mendorong kempen untuk membina 100 juta tandas selama lima tahun yang dikenali sebagai “India Bersih”.

Sumber : Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share