Abam-Abam Askar Beratur Menunaikan Solat Hajat Mohon Perlindungan Dari Musuh Iaitu..

Abam askar beratur solat hajat mohon perlindungan dari koronav1rus

Wab4k koronav1rus yang melanda dunia khususnya di Ch1na sekarang telah mendatangkan kerisauan kepada orang ramai. Lebih membimbangkan, Malaysia telah mengesahkan terdapat 8 kes posit1f koronav1rus yang kesemuanya adalah warganegara Ch1na.

Oleh sebab itu, beberapa hari lepas, KDYMM baginda Agong telah menitahkan agar orang ramai melakukan solat hajat untuk meminta pertolongan daripada Allah S.W.T.


Oleh sebab itu, saluran radio Zayan.FM telah mengambil inisiatif dengan kerjasama pihak 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja Kem Sungai Besi dengan mengadakan solat hajat bagi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, beberapa orang penyampai radio tersebut turut menyertai barisan anggota tentera di Kem Sungai Besi menunaikan solat sunat hajat sebentar tadi sebagai salah satu langkah menghindari wabak itu.

Kes koronavirus yang menghantui dunia sejak beberapa minggu sudah telah membuatkan ramai orang berasa gerun ekoran jumlah kem4tian yang semakin hari semakin bertambah.

Wabak tersebut juga sudah menular hingga ke Malaysia menyebabkan rakyat mulai panik. Oleh sebab itu, Mufti Wilayah telah menyarankan agar solat hajat dilakukan bagi meminta perlindungan daripada Allah S.W.T.

Alhamdulillah,Semogo Penyebaran wabak ini cepat hilang..insyaallah.

Sumber Info manfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!