Tular Foto Pekerja Selenggara Aircond Jatuh Dari Tingkat 10 IPD Dang Wangi

Pekerja penyelenggaraan penghawa dingin cedera selepas terja.tuh dari tingkat 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika sedang melakukan kerjanya hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, anggota bertugas kaunter pertanyaan Balai Polis Dang Wangi ketika sedang bertugas terdengar bunyi den.tuman dari arah luar lobi IPD Dang Wangi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati seorang individu terbaring di atas lantai di luar lobi IPD Dang Wangi dengan mengalami kecde.raan pada tubuh badannya.

“Lelaki terbabit terja.tuh ketika melakukan penyelenggaraan penghawa dingin di tingkat 10 bangunan IPD Dang Wangi.


“Pihak polis Dang Wangi kemudian menghubungi ambulans untuk menghantar mngsa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan raw4tan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata, orang ramai dimohon supaya tidak menularkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian ini yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

Ada empat ketentuan hidup manusia yang sudah ditetapkan Allah SWT sejak seseorang itu belum lahir lagi ke dunia iaitu rezeki, ajal kematian, amalan dan nasibnya sama ada menjadi seorang yang susah atau senang.

Bagaimanapun, ilmu Allah SWT tidak menghalang manusia daripada berikhtiar. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu nasibnya.Yang lebih penting bukan bagaimana ia bermula tetapi bagaimana ia berakhir. Ilmu Allah SWT tidak menghalang kebebasan hamba-Nya memilih serta meraih apa yang mereka inginkan.

Sumber/Kredit: HMetro

Terima kasih