[VIDEO] “Ya Allah kesiannya” – Seb4k Tengok Anak Muda Berniaga Dalam Hujan, Azad Jasmin ‘Borong’ Burger Jualannya

Tatkala negara kita masih dalam tempoh ‘Total Lockdown’, ramai yang masih dalam keadaan sempit untuk meneruskan kehidupan sehari-harian. Lagi-lagi peniaga jalanan yang bergantung kepada hasil jualannya setiap hari.

Walau apa jua halangan yang ada dihadapan, pujian harus diberikan kepada golongan peniaga yang tidak berputus asa dan tetap meneruskan perniagaan mereka biar apa jua keadaan sekalipun.


Dalam keadaan hujan yang lebat sekitar Shah Alam semalam, pelakon tanah air, Azad Jasmin sempat berhenti tepi jalan untuk menyokong usaha peniaga jalanan mencari rezeki.

Dalam video yang dimuatnaik di akaun Instagram @azadsyaziraroses , korang boleh tengok macam mana seorang peniaga menjual dalam keadaan hujan lebat dan seterusnya dibeli oleh Azad sendiri. Korang boleh gak tengok video tu dalam tweet @anthraxxxx kat bawah ni.

Semoga murah rezeki.

Tak tahu kenapa min rasa sebak tengok video tu. Mengenangkan susah payah dan sanggup berkerja mencari rezeki walaupun tengah hujan lebat ni bukan semua orang boleh buat. Semangat adik tu, moga murah rezeki selalu.


Itulah, min pun kesian tengok. Dah lah semalam area Shah Alam ni hujan lebat dengan angin kuat. Harap cari tempat yang selamat untuk berniaga ye.


Amiinnn… kita doakan yang terbaik untuk adik ni. Mungkin satu hari nanti boleh capai sales beribu-ribu dalam masa satu hari.


Min pun respect kat adik ni yang sanggup berkerja dan tunggu customer tepi jalan dalam hujan lebat. Semoga usaha adik ni mendapat balasan didunia dan akhirat.


Dia tahu nak cari rezeki dan berusaha untuk berjaya. Semangat untuk lariskan jualan harian dia tu yang buat rasa seb4k. Selamat maju jaya adik. Semoga makin banyak burger terjual!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Lobak Merah