(Video) Kerana Lewat Sedikit Tiba, Abam Bomba ini DipvkuI Oleh Mngsa Keb4karan

Saban hari, tugas dan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilihat semakin meluas serta mencabar. Ini kerana memerlukan anggotanya sentiasa bersiap sedia untuk menempuh apa jua halangan mendatang.

Tugas anggota bomba dan penyelamat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Seorang anggota bomba c3dera selepas dis3rang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak pada Sabtu. Rakaman Video Ada di Bawah Sekali

Dalam insiden tersebut, anggota terbabit yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman keb4karan sebuah rumah setingkat ditumbuk seorang lelaki dari arah belakang. Seorang lagi lelaki pula bertindak memarahi pasukan bomba yang didakwanya lewat tiba.


Susulan kejadian, anggota bomba terbabit yang c3dera ringan telah membuat laporan polis pada Sabtu. Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden hari ini.

Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kec.emasan berhubung keb.akaran itu pada jam 3.18 petang. Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.


Ketika bomba tiba, kata Ling Hii, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musn4h. Kerja-kerja fire break kemudian dilakukan selain teknik receo untuk mengelakkan api merebak. Empat sekeluarga yang menyewa rumah terbabit sempat menyelamatkan diri. Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Tonton Video


Kredit : Astro

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih