TERKINI: Kerajaan Dengar Suara Rakyat, Bantuan Moratorium & i-Sinar Akan Diumum Dalam Masa Terdekat – Tengku Zafrul

Bantuan moratorium dan i-Sinar yang wajar bagi meringankan beban rakyat ketika situasi ‘rumit’ negara kini akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan bersama Perdana Menteri dan agensi-agensi yang berkaitan.

Beliau memaklumkan sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook rasminya sebentar tadi.

“Salam semua. Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah,” katanya dalam kenyataan tersebut.


Isu berkaitan lanjutan bantuan moratorium dan i-Sinar menjadi perhatian ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) diumumkan oleh kerajaan pada 10 Mei yang lalu.

Sumber: FB Tengku Zafrul

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : sk