Demi Rezeki, Lelaki Sanggup Berdiri Tepi Jalan Jaja Kerepek Ketika Hujan Lebat

Mencari rezeki bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, ia merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan demi meneruskan hidup.https://www.tiktok.com/tag/pedagang?referer_url=https%3A%2F%2Fborakdaily.com%2F&referer_video_id=6926843807283645698&refer=embed

Berniaga dalam hujan lebat

Dalam satu perkongsian dari pengguna aplikasi TikTok Indonesia, akaun bernama @syahreza26 telah berkongsi satu video memaparkan seorang lelaki memakai baju hujan sambil menjaja makanan ringan atau jajan ketika hujan lebat. Lebih menghibakan, kawasan tersebut dipercayai di Depok, Jakarta sedang mengalami banjir dan kenderaan yang lalu lalang telah melanggar air hingga terpercik ke arahnya.


Kerepek buat sendiri

Selepas video tersebut tular, pengguna TikTok yang juga seorang seorang pembaca berita di Indoensia telah kembali menemui lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Danang. Menurutnya, dia menjual kerepek-kerepek yang dibuat sendiri dengan harga Rp 6,000 sahaja iaitu lebih kurang RM1.70.https://www.tiktok.com/music/original-sound-syahreza26-6929416875017374466?referer_url=https%3A%2F%2Fborakdaily.com%2F&referer_video_id=6929416900220833026&refer=embed

Usaha gigihnya mencari rezeki ketika pandemik dan cuaca yang kurang baik ini telah mendapat perhatian ramai di media sosial. Rata-rata penduduk setempat bersedia untuk membantu jualannya dengan datang membeli kerepek yang dijual di pinggir jalan itu.

Sumber: syahreza26