PLLU, AJAI ISTERI TERSEPIT, SUAMI PAR4H KERETA BERT3MBUNG MERCEDES BENZ

P0NTIAN – Seorang wanita terbvnuh manakala suaminya ced3ra parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dal4m kemal4ngan di Kilometer 73, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Kampung Ayer Baloi, disini, malam semalam.

Dalam kej4dian pada pukul 8.45 malam itu, m4ngsa, Nurul Izzati Zainal Abidin, 25, meningg4l dunia di tempat kej4dian aklbat keced3raan pada bahagian kepaIa, kaki dan tangan.

Manakala suaminya, Muhammad Syarifuddin Ramli, 25, mengalami keced3raan p4rah dan masih berada di wad kecemas4n z0n merah H0spital P0ntian (HP).






Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari arah Benut menuju ke Pontian menaiki kereta Naza Sutra.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Mercedes-Benz dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Berlaku pertembungan antara kereta Mercedes-Benz itu dengan kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustafa berkata, akibat perlanggaran itu, seorang wanita yang duduk tempat duduk penumpang hadapan maut akibat tersepit manakala pemandunya parah.

Ujarnya, pemandu kereta Mercedes-Benz pula hanya mengalami kecederaan ringan.



Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Alsagoff, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd. Jalil berkata, sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa.

Jelasnya, kedua-dua mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan penyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE

Kredit: cempedakcheese Via Detikkiniviral

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.