P3sakit k4nser Jual Arnab Bayar PTPTN Dan Kos Rawatannya Sudah Tiada

MACHANG: Seorang p3sakit k4nser yang sebelum ini menjual arnab untuk mencari duit bagi membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mer4wat peny4kitnya telah pergi buat selamanya pada Isnin dengan menitipkan pesan terakhir untuk adik perempuannya.

Abdul Halim Mat Hassan, 27, yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meningg4l dunia pada Isnin selepas hampir empat tahun menghidap k4nser pangkal hidung tahap empat.

“Tolong jaga mak dan ayah,” pesan lelaki itu kepada adik perempuannya, Nur Aishah Mat Hassan yang berusia 21 tahun, sehari sebelum meningg4l dunia. 


Abdul Halim menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada jam 1.40 tengah hari di kediamannya di Kampung Kok Kiak dan difahamkan baharu sahaja keluar dari hospital pada Ahad. “Dia pesan pada saya suruh jaga mak dan ayah kerana dia tidak sempat berbakti sepenuhnya kepada orang tua kami. Dia juga minta saya sampaikan salam pada semua dan ucap terima kasih kerana banyak membantu dia selama ini,’ kata gadis itu lagi.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Abdul Halim yang disahkan menghidap kanser pangkal hidung pada Disember 2017 menjual arnab bagi menampung perbelanjaan perubatan serta untuk membayar hutang PTPTN. Laporan tersebut mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak terutama PTPTN yang akhirnya membantu menguruskan pinjaman arw4h.

Nur Aishah ketika dihubungi memberitahu, sebelum meningg4l dunia keadaan abangnya kr!tikal dan mengalami s3sak n4fas serta tidak dapat tidur pada waktu malam. “Kami reda dengan pemergian arwah dan dia adalah insan terpilih kerana meninggal dunia di bulan mulia ini (Ramadan),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Arwah dikebumikan di Tanah Perku buran Islam Kampung Kok Kiak.

Sumber: astroawani

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih