“Nah Mak, Duit Upah Bulan Ni” Lelaki Ini Sanggup Gajikan Mak Sndiri Mengasuh Cucu Dgn Upah Tak Seberapa

Ibu bapa yang tinggal bersama perlu diutamakan keselesaan mereka dengan menyediakan keperluan sepatutnya. Ini termasuklah menyediakan tempat tidur kondusif dan aktiviti harian yang diisi dengan perkara bermanfaat.

Perbuatan mencela, menghamburkan kata kesat atau memperlekehkan ibu bapa atau mentua perlu dielakkan.

Masa inilah kita pastikan ibu atau bapa kita dapat rehat secukupnya, selepas penat menjaga dan membesarkan kita sedari kecil.

Namun, ada yang mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Malah ada yang sanggup menjadikan ibu sendiri orang gaji dalam rumah sendiri.

Inilah yang berlaku di dalam keluarga ini. Disebabkan kesibukkan bekerja suami isteri, mereka sanggup menggajikan ibu sendiri dengan upah yang tidak seberapa.

Jom baca pengalaman seorang yang menceritakan kembali kejadian tersebut.

Sanggup Gajikan Mak Sendiri dgn Upah Tak Seberapa

Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, pengasuhan anak menjadi salah satu hal yang cukup memeningkan.

Apalagi jika kedua-duanya bekerja dari pagi hingga malam, keluar gelap pulang gelap.

Dihantar ke pembantu risau salah asuhan maka tak sedikit orang tua yang kemudian menghantarkan anak-anaknya kepada orang tua atau mertua.


Sekilas memang orang tua yang diamanahkan menjaga anak tidaklah keberatan kerana setiap atuk dan nenek pasti senang bersama cucu-cucunya.

Akan tetapi faktanya tidaklah selalu demikian apalagi tingkah anak-anak nakal seringkali memerlukan lebih usaha untuk menjaganya.

Malah sebagai orang tua anda akan mendapat dosa jika menghantarkan anak kepada orang tua.

Terkejut Tengok Anak Gajikan Mak Sendiri

“Ketika saya berbual di halaman rumah seseorang penduduk kampung ketika nak menjemput mereka ke kenduri kahwin anak saya.

Tiba-tiba anak lelakinya yang datang lebih awal muncul dari dalam rumah dan menghulur duit kepada emaknya sambil berkata, “Mak, ni duit upah mengasuh bulan ni.”

Dia berlalu sambil senyum pada saya. Ibunya berkata pada saya, “Depa hantar cucu tiap hari sebelum pi kerja. Sayalah kena mengasuh.”

Saya terasa seperti nak menegur waktu itu juga, tetapi rasa tak sesuai.

Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yang teruk, tetapi banyak orang yang tidak terasa.

Bukankah keadaan in ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kepada anak, ibu melahirkan tuannya.











Teringat saya satu hadis yang panjang tapi saya petik sebahagian daripada Umar bin al-Khattan r.a ….. Jibrail bertanya kepada Rasulullah..

“Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw menjawab, “Orang yang di tanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya?.

Maka Jibrail lalu berkata, “kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tand-tandanya.” maka Nabi saw menjawab, “Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya… {Riwayat Muslim}

Berapa ramai kini yang menjadikan ibubapa sebagai pekerja yang berselindung di sebalik ibubapa yang suka cucu.

Ada yang kata susah dapat mengasuh yang di percayai, ada yang kata emak bapa pandai mengasuh, emak bapa tak kerja.

Hakikatnya kerana isteri nak kerja, nak tambah pendapatan.

Sedangkan tanggungjawab mengasuh, mendidik dan membersarkan anak terletak kepada isteri dan isteri tidak di tuntut untuk berkerja hingga mengabai tanggungjawab kepada anak.

Bila di tinggal anak kepada ibu bapa, berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kepada anak.

Dan pengabaian tanggungjawab kepada ibu bapa yang sepatutnya di rehatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya.

Jika ibu kita boleh memelihara kita dengan tidak membuat kerja lain, menjadi suri rumah sepenuh masa dan dia berjaya menunaikan tanggungjawabnya.

Kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tidak bekerja.

Bila kes penderaan oleh pengasuh makin meningkat kini dan mewujud kebimbangan untuk meninggalkan anak di rumah pengasuh.

Jangan ada yang berpatah balik menjadikan ibubapa sebagai pengasuh, tetapi pertimbangkanlah untuk mengorbankan kawatan demi anak.

Rezeki di tangan Tuhan, jika niat kita baik demi anak yang di amanahkan, tetaplah kita perolehi apa yang di tentukan Tuhan.

Ingatlah, Tuhan memberi kepada kita anak sebgai amanah, dan bukan amanah itu di beri kepada ibu bapa kita atau orang lain.

Kita yang akan di taya di hadapan Tuhan, bukan ibubapa atau pengasuh anak kita. Bagaimana akhlak anak kita nanti, kita yang akan menanggungnya.

Rehatkanlah ibu bapa kita. Berilah ruang untuk mereka mempersiapkan diri di penghujung usia, merskipun mereka menawarkan diri kerana sifat kasih sayang mereka.

Jika kasih pada ibu, lapangkanlah hidupnya, ringankanlah bebannya.

Gambar sekadar Hiasan

Sumber KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri