MasyaAllah, Penampakan Lafaz Allah Pada Batang Pohon Rambutan

Hafsan berkongsi pengalaman ketika pulang ke kampung dan menemui perkara yang agak menarik iaitu terdapat lafaz “ALLAH” pada batang pohon rambutan.



Pada mulanya, Hafsan diberitahu oleh abang Nik tentang apa yang dilihat oleh beliau dan kak mah di kebun.



Sejurus itu, Kak mah terus balik dan ceritakan pada keluarga di rumah. Kebetulan pula hari tersebut adalah hari tender getah.

Untuk meyakinkan lagi mak ayah, Hafsan dan keluarga, abang Nik pergi semula ke pokok tersebut dan menangkap beberapa keping gambar.



Selepas kerja-kerja tender getah selesai, Hafsan bersama Mak, kak ti, kak mah, abang Nik pergi melihat dengan mata kepala sendiri pokok tersebut.

Amat menakjubkan kerana tulisan pada pokok tersebut kelihatan begitu jelas. Tulisan tersebut terhasil daripada kulit pada batang pokok. Berikut merupakan gambar yang sempat Hafsan tangkap.



Memandangkan kulit rambutan jenis bertompok-tompok putih, ia sangat jelas kerana kulit itu gelembung kehitaman di bawah kulit putih.

Sumber: Hafsan dan Ashiah