Lelaki Buat Ramai Mahu Zuriat,Dirakam Berkali2 Cium Anak – “Bestnya Bau Baby..”

Apabila dikurniakan cahaya mata pertama, perasaan teruja pasti dirasai sekali gus tidak sabar untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak tercinta.

Mungkin itu perasaan dialami seorang bapa ini yang ‘geram’ dengan berkali-kali mencium anak sulung ketika menunggu giliran bagi melakukan ‘check-up’ bayinya di Klinik Kesihatan Selandar, Melaka baru-baru ini.

Aksi Alim Rahman dirakam dan dikongsi menerusi platform TikTok miliknya sehingga tular dan meraih 35,800 tanda suka serta hampir 700 komen daripada warganet.

@alimrahman7

#esekeli #LoveMumsSmile

EminemStan –

Selepas menonton video berdurasi 21 saat itu, ramai yang tumpang gembira dengan menyatakan hasrat tidak sabar untuk memiliki zuriat dan mencium bau wangi bayi yang baru dilahirkan. 


Selain itu, ada juga segelintir individu memohon doa agar mereka dikurniakan rezeki bagi menimang cahaya mata satu hari nanti.

Bau paling best kat dunia! 


Tiba2 tak sabar nak ada anak! 


Tolong doakan saya. 


Ternampak seorang ayah tengah cium bayi dia. 


Malah, ejen takaful itu juga memuat naik beberapa video lain seperti membacakan ayat suci al-Quran serta mengomol bayi tersebut selain membantu meringankan beban isterinya dalam menguruskan rumah tangga. 


Sejuk mata dan hati tengok lelaki yang bertanggungjawab macam ni. Moga kekal berkelakuan ‘sweet’ sehingga memiliki ramai anak sekalipun. Mudah-mudahan!

Anda dah baca artikel ini? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber: TikTok @alimrahman7