Langsung Takda Belas Kasihan, Ini Gambaran Awal Apa Yang Malaikat Munkar dan Nakir Buat Pada Kita Dalam Kubur!

Orang yang baru sahaja memasuki kubur akan terkenang perbuatan mereka yang lalu. Dia mengingati dosanya, dia menyesali perbuatannya, mengapa dia selalu mengikut hawa nafsunya? Mengapa dia hanya berlengah-lengah sahaja? mengapa dia tidak mahu segera bertaubat? sedangkan suara hatinya yang suci dalam dirinya selalu memberi peringatan.

Sudah ada terlalu banyak teladan yang harus diikuti, ibu dan bapa yang sudah meninggal, tua dan muda, kecil dan besar tidak terkecuali. Kadang-kadang dia mengunjungi perkuburan itu sendiri. Tetapi ia hanya dianggap “normal”, tidak pula diambil perhatian.

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ * حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ * كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ * كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ * لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ * ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ * ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu *1 -Sampai kamu masuk ke dalam kubur -Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu) -Dan janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin -Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim -Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin *2 – Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

*1: Maksudnya: bermegah-megahan dalam soal banyak harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya telah melalaikan kamu dari ketaatan.

*2: ‘Ainul yaqin ertinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.

Sekarang dia mengalami dengan saksi mata yang yakin, sekarang benar-benar kenyataan dirinya di alam kubur.

“Amboi, alangkah dungunya aku! Alangkah bebalnya diriku! Hidupku di dunia hanya menuruti kehendak nafsuku! oh syaitan! betul-betul terkutuklah engkau! engkau telah memperdayakan aku. Semasa dia terpaku dalam kebingungan, ketakutan dan kekuatiran! Maka timbullah penyesalan yang sangat besar. Dalam perasaan yang penuh penyesalan itu, tiba-tiba dilihatnya dua makhluk raksasa yang entah dari mana munculnya lalu datang menghampirinya. Seram, hebat rupanya dan menakutkan sehingga rasa nak tercabut sendi dan tulangnya dan terbang semangatnya.



“Hai insan yang derhaka!”

“Sekarang giliranmu untuk menjawab pertanyaan kami, bersiaplah engkau menjawabnya!”

“Siapakah Tuhanmu?”

“Siapakah Nabimu?”

“Apa agamamu?”

“Apa kitabmu?”

“Dimana kiblatmu?”

“Dan siapakah saudaramu?”

Mendengar pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir seperti itu, dia menjadi sangat gugup.

Bibirnya bergetar, bibirnya terasa berat untuk menjawab “Allah Tuhanku” kerana selama hidupnya di dunia dia tidak pernah mengingati “Allah”, bibirnya tidak pernah mengucapkan “Kalimat Allah”, kerana dia telah meninggalkan solat lima waktu.

Ingin mengakui “Muhammad Nabiku”, lidahnya terasa berat untuk mengatakannya kerana semasa hidupnya dia tidak pernah mengucapkan kalimat Shahadat dan Selawat.

Untuk menjawab “kaa’bah kiblatku” tetap sama, walaupun hatinya tahu, tetapi mulutnya terasa berat untuk menjawab, kerana dia tidak pernah menghadap kiblat, kerana dia tidak pernah solat!

Dan begitu juga terhadap soalan yang lain, dia tidak mampu lagi menjawabnya! ringkasnya semua soalan itu tidak dapat dijawabnya.

Malaikat Munkar dan Nakir menjadi teramat murka! Seketika itu, ia mengangkat cambuknya lalu…

Tar! Tar! Tar!!

Terimalah hadiah dari kami!”

Pada saat itu, cambuk malaikat itu memukul tubuhnya berulang kali seribu kali dan kemudian tubuhnya tenggelam hingga 7 petala bumi. Dia menjerit dan melolong, menjerit kesakitan, tetapi kedua malaikat itu sama sekali tidak merasa belas kasihan, dia memukul cambuk berulang kali sehingga dia pingsan tidak sedarkan diri lagi!

Setelah dia tersedar, malaikat itu sudah pergi. Aduh sakitnya! Di seluruh tubuhnya yang kelihatan sangat mengerikan, bekas luka cambuk kelihatan berjurai-jurai di tubuhnya. Begitulah nasib mereka yang meninggalkan solat, dan itulah nasib mereka yang membuat dosa!

Kemudian tidak berapa lama selepas itu, muncullah sesusuk tubuh makhluk yang keji rupanya dan menjijikan! Tubuhnya dipenuhi najis serta kudis-kudis yang buruk! Dari kudis-kudisnya itu mengalirlah nanah pekat dan darah yang sangat busuk baunya, pakaiannya selekeh, compang-camping dan sangatlah berbau bangkai.

“Hei siapa kamu?” kata simati, “Mengapa kamu kemari? Hei orang yang busuk!” “Apa hubunganmu dengan aku, kenapa kamu datang kemari?” “Pergilah kamu hai manusia busuk! Aku sangat jijik melihatmu!”

Kata orang busuk itu: “Hai insan derhaka! Tidak usahlah kau mengusir aku, meskipun bagaimana, tidak akan ku pergi meninggalkan engkau! Tahukah kamu, akulah amalmu! Maka kerana perbuatanmulah aku jadi sebegini jijik. Tidak satupun dari amalmu yang soleh. Hidupmu cuma menuruti hawa nafsu sahaja, penuh dengan dosa dan nista, derhaka kepada Allah Ta’alaa. Mengapa kamu jijik melihat keadaanku begini? Sedangkan ketika hidupmu tidak segan-silu berbuat amal yang keji?”

“Mengapa aku harus pergi dari sisimu? Kerana aku inilah amal perbuatanmu? Sebagaimana kamu suka beramal yang keji, maka kerana itu aku sangat cinta padamu dan tidak akan ku berpisah padamu buat selama-lamanya!”

Setelah makhluk itu mengucapkan kata-kata seperti itu, lalu dia melompat dan menarik orang itu dan memeluknya sekuat yang mungkin! Walaupun dia berusaha sedaya upaya untuk melepaskannya, tetapi ianya sia-sia. Semakin dia memberontak semakin kuat pelukannya.

Cuba bayangkan, iaitu antara lain, siksaan kubur dan pelbagai perkara lain lagi yang akan diterimanya seperti dibelit ular, disengat kala jengking, dimamah ulat dan lain-lain, kerana dosa-dosanya itu pelbagai.

Dosa meninggalkan solat, dosa meninggalkan puasa, dosa tidak mengeluarkan zakat, dosa,dosa,dosa dan dosa!

Wallahu a’lam…

Sekian Terima Kasih