KWSP Mampu Laksanakan Pengeluaran One-Off RM 10,000

Pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emiritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mampu untuk mengeluarkan simpanannya sekali lagi tetapi haruslah dengan matlamat yang tepat.

Menurut beliau, KWSP masih mampu melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 walaupun harga saham agak rendah ketika ini.

Bagaimanapun, ia harus diteliti kerana kebanyakan golongan B40 sudah mengeluarkan hampir kesemua simpanan dan baki caruman kebanyakan dari mereka kurang daripada RM 1,000.

“Oleh itu, matlamat pengeluaran bagi i-Sinar dan i-Lestari 2.0 ini haruslah tepat kerana kemungkinan besar jika dibuka , ia lebih memberi manfaat kepada golongan B40 dan T20 sahaja berbanding B40 yang lebih memerlukan baki pinjaman yang ada” katanya.

Barjoyai menambah, jumlah aset KWSP masih kukuh dan tinggi, selain pelaksanaan i-Sinar dan i-Lestari dapat membanti rakyat untuk jangka masa yang pendek.


Malah, pengeluaran yang dibuat secara one-off maksimum RM 10,000 untuk semua ahli pasti mempunyai kesan positif untuk membantu ekonomi yang dikenali sebagai kesan pengganda.

“KWSP sudah mengeluarkan lebih RM 78 bilion daripada pendeposit di bawah i-Sinar, namun ia masih menunjukkan prestasi keuntungan yang baik.”

“Ia dilihat dapat membantu dalam jangka masa pendek dimana penyimpan yang masih ada baki akan berpendapat bahawa ini merupakan satu peluang.”

Sumber : Sinar Harian, XTRA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!