Kami Terus Mengumpulkan K0s P3mbedahan Diperlukan Iaitu RM60,000, Namun Jumlahnya (Wang Terkumpul) Masih Jauh Daripada Yang Diperlukan

Rasah: “Sejak 20 hari Aafiyah dirawat, kami terus berikhtiar mengumpulkan kos pembedahan diperlukan iaitu RM60,000. Namun jumlahnya (wang terkumpul) masih jauh daripada yang diperlukan,” kata ibunya, Siti Nor Saleha Shamsul Bahrin, 35.

Menurutnya, dia hampir berputus asa namun pada masa sama terus mengharapkan ‘keajaiban’ untuk melihat anak bongsunya, Syareefa Aafiyah Mohd Sufian dapat menjalani pembedahan disarankan doktor dan kembali pulih seperti biasa.

Untuk rekod, Aafiyah yang kini berusia tujuh bulan mengalami ‘sindrom Crouzon’ iaitu kecacatan bentuk tulang tengkorak, masalah saluran pernafasan sempit dan sindrom bentuk muka.


Siti Nor Saleha berkata, pembedahan anak bongsunya itu dijangka seminggu lagi iaitu pada 2 Julai ini namun kos pembedahan yang tinggi menimbulkan masalah kerana wang terkumpul hasil sumbangan orang ramai setakat ini hanyalah RM24,000.

“Sebab itulah kami berkongsi gambar serta maklumat di laman Facebook bertujuan memohon doa orang ramai serta bantuan kewangan.

“Kami merayu bantuan daripada orang ramai untuk terus menyumbang demi Aafiyah,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Berkongsi keadaan terkini Aafiyah, katanya, saraf dimata anaknya itu semakin membengkak hingga menyebabkan mata kanannya seperti terjojol keluar,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang bagi meringankan beban Aafiyah dan keluarganya boleh terus menghubungi Siti Nor Saleha ditalian 013-3070182 untuk keterangan lanjut.

Anda dah baca artikel ini? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber:hmetro via sembang dunia