Kaki Membengkak Sejak Lahir, Si Kecil Asyik Tanya Bila Boleh Sembuh. Tak Sabar Nak Jadi Ahli Bomba

Setiap insan di dunia ini pasti akan melalui banyak bentuk ujian dalam kehidupan seharian mereka. Ada yang diuji dengan kewangan, ada yang diuji dengan keluarga dan tidak kurang juga yang diuji dengan kesihatan.

Baru-baru ini seorang aktivis kemanusiaan yang sudah 10 tahun terlibat dalam lapangan ini, Natipah Abu ada berkongsi kisah mengenai adik Lutfi yang menderita masalah kaki bengkak sebelah.

Menurut perkongsian tersebut, adik Lutfi yang berusia tiga tahun itu mempunyai sebelah kaki yang kian membesar saban hari. Daripada dia boleh berjalan dengan normal, kini dia hanya boleh untuk merangkak sahaja.

MERANGKAK MASUK BILIK KERANA MALU

Jika ada orang yang tidak dikenali datang ke rumah, adik Lutfi pasti akan merangkak masuk ke dalam bilik kerana dia berasa malu dengan keadaannya itu. Pada awalnya, Natipah Abu atau lebih mesra dengan nama Kak Pah ada menerima mesej daripada ibu adik Lutfi.

Ibunya berkongsi keadaan kaki adik Lutfi yang semakin hari semakin teruk. Sebagai ibu, dia tidak sanggup untuk melihat anaknya itu menderita sedemikian rupa dan mengharapkan agar teknologi yang kita ada sekarang ini dapat membantu menyembuhkan anaknya itu.

BERCITA-CITA INGIN MENJADI BOMBA

“Saban hari Adik Lutfi akan bertanya kepada si ibu, adakah kakinya akan sembuh dan adakah dia boleh mencapai impiannya untuk menjadi seorang ahli bomba.

Pagi semalam, Kak Pah menerima video yang dikirim ibu Adik Lutfi, dan keadaannya menyedihkan sekali. Kakinya kian membengkak, dia menangis kesakitan. Kak Pah call si ibu, dia juga turut menangis kerana runsing akan keadaan anak”, kongsinya.

TAK NAK BERTANGGUH LAGI

Pada mulanya mereka semua masih menunggu keputusan post mortem ringkas daripada pasukan perubatan dan menunggu sehingga berakhirnya lockdown.

Namun, Kak Pah akhirnya tekad untuk lebih segera mengambil tindakan dengan menghubungi dan berbincang dengan Dr. Syahriz Sehat yang merupakan Pakar Bed4h Kanak-kanak di Hospital Avisena dan Prince Court Medical Centre.

Akhirnya keputusan telah diambil dan adik Lutfi akan segera dibawa ke HUKM dan akan dikendalikan oleh Prof Dr. Abdul Halim Abdul Rashid yang merupakan Pakar Tulang Kanak-kanak.

MENGHIDAP KLIPPEL TRENAUNEY WEBER SYNDROME

Penyakit adik Lutfi ini dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah pada saluran dar4h. Adik Lutfi telah dihantar oleh keluarga selepas mereka bergerak dengan kereta salah seorang daripada ahli keluarga terdekat.

Pada mulanya Kak Pah bercadang untuk menyewa sebuah ambulan swasta. Keluarga adik Lutfi bertolak pada jam 9 malam dan sampai sekitar jam 1.20 pagi di HUKM. Kak Pah juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan mengirimkan hadiah kepada adik Lutfi.

Namun sehingga saat ini, masih belum dipastikan proses rawatan dan jenis pembed4han yang akan dilakukan. Walaubagaimanapun, step pertama sudah dilakukan untuk membantu adik Lutfi ini kembali berjalan seperti biasa.

RESPONS WARGANET

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sama menitipkan doa buat adik Lutfi dan sudah tidak sanggup lagi untuk melihatnya menderita sedemikian rupa.

Ada juga yang mendoakan agar para doktor yang bertugas diberikan ilham oleh Allah S.W.T untuk merawat adik Lutfi dengan sebaiknya. Dengan kepakaran dan ilmu yang mereka ada, semoga mampu untuk membantu Adik Lutfi jadi seperti sediakala.

Ramai juga yang teruja dengan harapan adik Lutfi bakal sembuh tidak lama lagi dan ingin melihatnya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Siapa tak sabar kan, menanti berita gembira selepas berkahirnya pembed4han dan rawatan yang akan dilaksanakan.

Sama-sama kita doakan agar adik Lutfi segera diberikan kesembuhan oleh Allah S.W.T dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti anak yang lain.

SUMBER : Akses Info, FB NATIPAH ABU