Jen4zah Bayi Dibiar Semalaman Kerana Kesempitan Hidup

KUALA LUMPUR: ʀᴇᴍᴜᴋ hati seorang ibu apabila terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ bayi lelakinya yang berusia tiga bulan kerana ᴋᴇꜱᴇᴍᴘɪᴛᴀɴ hidup.

Dia hanya mampu mendakap bayi itu sejak malam tadi yang ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ ᴅᴜɴɪᴀ akibat ᴅᴇᴍᴀᴍ ᴘᴀɴᴀꜱ.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah dan disedari seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji.

Pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir berkata, pihaknya dengan bantuan tiga ustaz kampung membantu menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ bayi berkenaan.

“Ibunya tinggal menumpang di rumah itu bersama seorang lagi anak perempuannya berumur dua tahun.

“Kejadian disedari seorang sukarelawan kita yang lalu di situ dan melihat ibu berkenaan menangis, bila ditanya dia memaklumkan bayinya sudah ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dan dia tidak mampu menguruskannya kerana tidak ada apa-apa,” katanya kepada Akhbar Tempatan.

Laili berkata, pihaknya segera menguruskan bayi berkenaan dan selamat ᴅɪᴋᴇʙᴜᴍɪᴋᴀɴ jam 1.30 tengah hari.

Katanya, ibu berkenaan masih dalam keadaan ᴛʀᴀᴜᴍᴀ dan difahamkan dia meminta bantuan daripada beberapa orang sebelum kejadian itu.


SUKARELAWAN Rumah Ngaji membantu menguruskan ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ bayi berusia tiga bulan. FOTO ihsan Rumah Ngaji.

Menurutnya, keluarga berkenaan ᴅɪʜɪᴍᴘɪᴛ kesusahan selepas suaminya menjalani ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ selama setahun kerana masalah ᴅᴀᴅᴀʜ.

“Justeru kita bantu keluarga ini dengan barangan asas untuk dua bulan dan bantuan lain yang bersesuaian,” katanya.

Laili berkata, Rumah Ngaji yang dikendalikannya banyak membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang tiada identiti untuk belajar agama sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan beberapa NGO Semenanjung untuk kutipan dana bagi membantu golongan memerlukan.


ᴊᴇɴᴀᴢᴀʜ bayi yang semalaman tidak dapat diuruskan. FOTO ihsan Rumah Ngaji.

Reaksi warga maya



Sampai hati tiada jiran yang tolong


Tiada ketua kampungkah di sana?


Nasib baik ada orang lalu


Ini adalah fardu kifayah


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!