Ibu Redha Pemergian Adik Musa pada Usia 3 Hari, jalanlah utk berjumpa dngan abg luth

Rezeki anak bukanlah rezeki yang dapat dinikmati oleh semua. Ada yang telah lama mendirikan rumah tangga namun belum diberikan peluang oleh Allah S.W.T untuk mengecapi nikmat rezeki ini. Ada yang disebabkan oleh masalah atau faktor tertentu sehingga menyukarkan proses kehamilan. Tidak kurang juga yang sihat namun Allah S.W.T memilih untuk menguji mereka tanpa zuriat.

Ada juga yang diberikan nikmat rezeki memperoleh cahaya mata, namun hanya untuk sementara sahaja. Anak yang dikandung selama 9 bulan, pergi meninggalkan kedua ibubapa untuk selamanya dalam usia yang sangat-sangat muda.

Itu juga menjadi ujian buat kedua ibubapa namun dalam masa yang sama anak-anak tersebut akan menjadi anak syurga yang akan menanti kedua ibubapanya disana nanti. Sekalipun sedar akan perkara itu, hati ibubapa pasti akan masih tetap berasa sedih apabila terkenangkan anak-anak tersebut.

Itulah apa yang dialami dan dilalui oleh pasangan suami isteri ini menerusi satu perkongsian yang telah dimuat naik di laman Facebook Puan Nadzirah Razali yang berkongsikan kisah pemergian anaknya buat kali kedua selang beberapa hari sahaja selepas dilahirkan.

ANAK SYURGA PERTAMA PADA TAHUN 2019

Puan Nadzirah sebelum ini pernah kehilangan anaknya pada tahun 2019. Anak yang diberi nama Muhammad Luth Akbar ini telah meninggal dunia pada 18 Februari 2019. Kehilangan tersebut masih lagi dirasai sehingga ke hari ini.





















KEHILANGAN ANAK SYURGA KEDUA

Baru-baru ini, Puan Nadzirah sekali lagi diuji oleh Allah S.W.T apabila anaknya yang baru berusia beberapa hari telah kembali menemui pencipta. Anak yang diberi nama Muhammad Musa Amzar ini lahir pada 3 Mac 2021 sebelum disahkan meninggal dunia pada 6 Mac 2021.

Hanya beberapa hari sahaja Allah S.W.T meminjamkan anak syurga ini kepada Puan Nadzirah. Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook tersebut, pastinya akan membuat sesiapa yang membaca berasa sangat sebak.

“Al- Fatihah untuk Muhammad Musa Amzar bin Muhammad Khairi Azri Samsuddin

03.03.2021 – 06.03.2021

Sebenarnya dalam kandungan lagi Nad dah tau musa ada masalah jantung… Dalam kandungan selalu berdoa agar ada keajaiban untuk musa… tapi Allah lebih sayang kan musa……

Bila Musa dah keluar dari perut ibu, doc bgtau xkan buat apa2… Xkan operate kerana kalau operate xda kebaikan untuk dia. Malah menyeksakan lg… Ibu redha sayang… ibu redha😭😭😭😭😭

Pergi laaa adik berjumpa dgn abg Luth……….. bahagia laaaa dgn abg Luth disana…

Alllahuakbar …..

Al-Fatihah juga untuk anak ibu sorang lg

Muhammad Luth Akbar bin Muhammad Khairi Azri♥️

(Gambar ni 2 jam diambil sebelum Musa pergi tinggal kan ibu dan ayah 😭)”





















BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Kita yang melihat dan mendengar akan perkara ini pun sudah berasa sangat sebak. Apa lagi keadaannya buat Puan Nadzirah dan keluarga yang terpaksa menghadapinya. Kehilangan anak buat kali kedua ini akibat masalah jantung pastinya membuatkan dirinya berasa sangat-sangat sedih.

Namun, ternyata Puan Nadzirah seorang yang sangat cekal dan tabah dalam menghadapi serta menerima ujian daripada Allah S.W.T. Sikap dan sifatnya ini patut kita jadikan sebagai contoh dan inspirasi supaya kita semua dapat kekal kuat dalam menghadapi ujian di dunia ini.

Semoga Puan Nadzirah dan keluarga kekal tabah dalam menerima ujian ini. In shaa Allah, Allah S.W.T akan menggantikan dengan yang lebih baik dalam kehidupan dan adik Musa pasti sedang tidak sabar menanti untuk bertemu Puan Nadzirah sekeluarga di syurga nanti.

Sumber : medialoka