IBU KONGSI SAAT PERMERGI4N BAYI BILA 40 MINGGU DALAM P3RUT, BABY ‘PERGI’ 30 MINIT SEBELUM BERSALIN, ALLFATIHAH, UNTUK ANAK SYURGA KITA NI,

Saat kehamilan pastinya merupakan saat yang sangat menggembirakan dan mendebarkan buat para ibubapa. Kelahiran cahaya mata yang dikandungkan pastinya sangat dinanti-nanti.

Namun, ada juga rezeki buat sesetengah pasangan dimana mereka hanya dapat merasai pengalaman dan kemanisan saat kehamilan sahaja dimana pada saat kelahiran, hayat bayi tidak lama.

Begitulah apa yang berlaku kepada sebuah pasangan ini. 40 minggu yang penuh dengan kenangan buat mereka. Namun, Allah S.W.T lebih menyayangi anak syurga mereka ini.

“Hari sepatutnya Heesa Fateema lahir, Allah ambil selamanya..”

Kehilangan insan tersayang merupakan sesuatu yang pastinya akan dialami oleh semua insan. Fasa ini pasti akan menjadi fasa yang sangat berat dan sukar untuk diterima dan dilalui.

Itulah yang berlaku kepada Puan Nadhirah Mukhtar dan suaminya, Muhd Fakhrul dimana selepas 40 minggu bayi yang dinanti berada dalam kandungan, akhirnya mening gal saat dilahirkan.



ANAK DAPAT DILAHIRKAN SECARA NORMAL

Walaupun anak mereka, Hessa Fateema dapat dilahirkan secara normal, namun dirinya sudah tidak bernyawa pada ketika itu. Bayi seberat 4.53 kilogram itu mening gal tanpa punca yang pasti.

Namun doktor sepakat mengatakan ia berkemungkinan daripada GDM sewaktu mengandung.

Apa yang lebih memilukan adalah, jantung bayi disedari berhenti bergerak sekitar 30 minit sebelum berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum bersalin.

Pada ketika itu, jururawat berusaha mencari bunyi degupan dan jantung namun tidak dapat ditemukan.


HARAPKAN KEAJAIBAN APABILA DILAHIRKAN

Doktor mencadangkan supaya Hessa dilahirkan secara normal dan menanti sehingga bayi lahir sendiri. Namun pasangan ini memilih untuk disegerakan kerana tidak ingin bayi mereka berada lama-lama didalam kandungan.

Puan Nadhirah juga mengharapkan supaya ada keajaiban tatkala bayi mereka dilahirkan nanti. Mungkin dengan adanya sentuhan kulit ke kulit diantara mereka akan memberikan keajaiban yang diharapkan.


ALLAH MUDAHKAN KELAHIRAN

Puan Nadhirah sendiri tidak menyangka bahawa bukaannya sudah seluas 8 cm pada hari dia memilih untuk bersalin dengan menggunakan kaedah induce.

Rupanya Allah S.W.T mudahkan urusan kerana pada ketika itu langsung tidak ada rasa sakit pada dirinya.


Menurut Puan Nadhirah lagi, anaknya pada ketika dilahirkan, kulitnya sudah sedikit tertanggal kerana telah sehari mening gal didalam kandungan.

Namun Allah S.W.T menjaga kulit pada bahagian muka bayinya itu untuk memberikan peluang kepada pasangan ini melihat betapa cantiknya anak syurga mereka.

Melihat kepada wajahnya dan bau yang sangat berbeza dengan anak-anaknya yang lain, terus timbul rasa redha dalam diri Puan Nadhirah dan rela bahawa anaknya itu telah dipilih sebagai anak syurga.


“Ada anak syurga menanti..”

Itulah diantara komen penguat semangat buat pasangan ini dimana mereka diingatkan berkali-kali oleh kenalan dan warganet bahawa bayi mereka ini sedang menanti mereka di syurga.

Ada juga yang sempat melihat anak kepada pasangan ini di wad bersalin. Dia sendiri tidak dapat menafikan bahawa anak syurga tersebut sangat cantik.

Tiada lain yang kami pinta, semoga keluarga ini dapat disatukan kembali di syurga nanti. Buat masa ini, sudah ada seorang yang sedang menanti kedua ibubapa dan adik beradiknya yang lain di syurga.

Semoga keluarga ini tabah dan sabar menanti hari mereka semua disatukan nanti. Amiinn.

Sumber : FB Nadhirah Mukhtar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri