Geland4ngan Akhirnya Berjumpa Semula Keluarga Selepas Masvk Dal4m Video Tiktok-“Ku4sa Viral” 

Media sosial adalah platform yang paling pantas dalam menyebarkan maklumat pada masa kini. Oleh kerana itulah, setiap isu atau perkongsian senang menjadi tular. Lebih lagi zaman sekarang hampir semua golongan mempunyai media sosial. Kuasa viral ni memang hebat. Ada viral yang membawa kepada keburukan namun ada juga isu atau perkongsian viral yang membawa kepada kebaikan.

Baru-baru ini seorang gelandangan dikatakan telah berjaya ditemui oleh ahli keluarganya selepas bertahun-tahun dia terpisah dengan mereka. Menerusi perkongsian Firdaus Nazri, dia dan pasukannya ada membuat projek memberi makan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Mereka kongsikan video aktiviti ini di laman Tiktok.

Namun, tak sangka video-video yang mereka kongsikan di laman sosial tersebut mendapat perhatian sehingga sampai ke tontonan ahli keluarga seorang gelandangan. Dia kemudian terus memaklumkan kepada Firdaus Nazri tentang perihal ini. Gelandangan tersebut dipercayai telah menghilangkan diri secara tiba-tiba dan dia dicari oleh ahli keluarganya sejak bertahun lamanya. Dengan kuasa viral, dia akhirnya ditemui di video TikTok.


Firdaus Nazri apabila mendapat tahu tentang hal ini berusaha membantu ahli keluarga terbabit berhubung dengan gelandangan itu. Melalui video yang dikongsikan, terlihat mereka berhubung melalui panggilan video. Mereka sempat bertanya khabar masing-masing dan ternyata apabila ditanya jika gelandangan itu masih ingat kepada ahli keluarganya dia menjawab “masih ingat”


Apabila ditanya jika dia mahu kembali pulang ke sisi keluarga, lelaki tersebut menjawab dengan ragu “boleh ke?” dan kemudian terus menjawab “mahu”. Jelas mereka rindu sesama sendiri. Bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus, begitulah hubungan antara keluarga.

Sebak sungguh bila lihat video yang dikongsikan. Meninjau ke ruangan balas, rata-rata mengucapkan rasa syukur kerana lelaki tersebut kini sudah selamat pulang bersama ahli keluarganya.


Melihat kepada gambar yang diselitkan di dalam video, nampak kacak dan bersih abang ini selepas diambil keluarga dan dibawa ke hospital. Apa pun kita doakan agar keluarga ini diberikan kesejahteraan hidup dan dipermudahkan urusan mereka.

Sumber:Hotfm via http://www.dnq.pw/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!