“Dua Polis Wanita Jadi Budan Terjun”.Tak Sempat Sampai Ke Hospital, Wanita Lahirkan Anak Di Sekatan Jalan Raya

Tidak sempat sampai ke hospital, seorang wanita telah selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua orang anggota polis wanita Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Samarahan ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching – Samarahan pada malam semalam.

Lahir anak di sekatan jalan raya 


Kejadian itu berlaku ketika sepasang suami isteri melalui satu sekatan jalan raya dalam perjalanan hendak ke Hospital Umum Sarawak (HUS). Menurut Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, semasa dia sedang bertugas menjaga SJR, suami kepada wanita berkenaan telah memberitahu bahawa isterinya hendak bersalin lalu pihak berkuasa berkenaan terus bergegas bagi membantu wanita tersebut.

Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak. Bayi serta ibunya berada dalam keadaan selamat 


Jelasnya lagi, dia telah membantu untuk merungkaikan tali pusat wanita berkenaan yang sudah terbelit pada leher bayi berkenaan dan kemudian dia telah dibantu oleh rakannya, Koperal Perakson Jennie untuk menyelimutkan bayi perempuan tersebut yang kesejukan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram memberitahu bahawa pasangan terbabit dikatakan sedang panik ketika memandu ke arah sekatan jalan raya berkenaan bagi mendapatkan bantuan.

Walau bagaimanapun, bayi perempuan bersama ibunya berada dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sumber : Harian Metro