Bapa kini terlntar di hospital, Ustaz Ebit Lew rayu doa orang ramai

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew meminta orang ramai supaya mendoakan agar bapanya, Ibrahim Lew, 84, yang kini sedang dirawat di hospital diberikan kesembuhan segera seperti sediakala.

Menurut Ustaz Ebit, dia akan pulang ke Malaysia dalam masa yang terdekat dan bapanya itu kini dijaga oleh abangnya.

“Pohon doakan ya. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital di jaga oleh abang saya. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh. Ya Allah sembuhkanlah ayahku.

“Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja disana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah..


“Insya-Allah akan balik dalam masa terdekat. Doakan ya semuanya,” katanya menerusi Facebook.

Difahamkan, kesihatan bapa Ustaz Ebit mula merosot sejak tiga bulan yang lalu.

Terdahulu, Ustaz Ebit yang kini berada di Gaza dalam misi kemanusiaan memaklumkan bahawa beliau dalam keadaan baik.

Beliau turut memohon doa orang ramai agar semuanya berjalan dengan lancar.