Anak Syurga Hidup 9 Bulan, Tersenyum Saat Di kebumikan
Ajal datang tanpa mengira usia. Tidak bermaksud seseorang itu sudah tua, maka baki hari yang tinggal untuknya jauh lebih sedikit berbanding yang muda. Juga tidak bermaksud sekiranya kita masih muda, lambat lagi untuk kita menempuh kematian.
Begitulah juga buat seorang bayi comel ini. Hayatnya di dunia hanyalah 9 bulan sahaja. Ibunya, menerusi akaun Instagram @chierosli telah berkongsi beberapa buah video yang menunjukkan perjalanan anak syurganya, Ayeesha.
Sebak, sedih dan penuh emosi. Itulah gambaran yang paling tepat dan sesuai untuk diberikan tatkala melihat video-video tersebut. Jenazah bayi syurga yang sangat comel dan penuh ketenangan saat dikafankan bagai meruntun hati buat semua mata yang melihat.
IBU TAK SEDAR ANAK TELAH PERGI
Dalam video bahagian pertama, si ibu ada berkongsikan bahawa dia berada disaat anak syurganya itu sepanjang masa. Sehinggakan anaknya itu sudah dijemput Ilahi pun dia tidak menyedari keadaan tersebut.
Dalam video pertama lebih banyak menunjukkan keadaan disaat anak syurga ini dikafankan sehinggalah dia dikebumikan. Sayu.
“Terima kasih Ayeeshah…”
Didalam video bahagian kedua, jelas ditunjukkan kesusahan Ayeesha dalam melalui kehidupan sehariannya. Tidak sanggup untuk penulis melihat keadaan anak syurga ini dipenuhi dengan segala alat bantuan ini.
Ibunya juga ada mencoretkan betapa saat diri dalam keadaan lemah, pasti akan hadir bisikan jahat syaitan untuk membuatkan diri mempersoalkan takdir Yang Maha Esa.
SENYUM SAAT DILETAKKAN DIDALAM LIANG LAHAD
Coretan si ibu untuk video bahagian ketiga ini pula lebih kepada saat Ayeesha bakal dikebumikan. Sungguh indah pemergianmu, anak syurga. Ramai yang datang mengiringi jenazah. Mudah segala urusan buat bakal penghuni syurga ini.
Ibunya juga mengatakan bahawa dia tidak kuat untuk menahan diri dari mengangkat, memeluk dan mencium Ayeesha saatnya diletakkan didalam liang lahad kerana pada waktu tersebut Ayeesha dalam keadaan tersenyum.
IZINKAN KAMI HIDUP DALAM KENANGAN AYEESHAH
Video terakhir yang turut diselitkan dengan coretan ibunya benar-benar membuatkan sesiapa sahaja yang membaca dapat rasakan rasa kehilangan tersebut. Namun, walaupun dalam kesedihan, jelas terpancar keredhaan ibu dan suami serta keluarga dengan ujian yang menimpa mereka ini.
MENGHIDAP FLOPPY BABY SYDROME
Didalam posting berasingan ketika Ayeeshah berusia 6 bulan, ibunya ada kongsikan mengenai sindrom yang dihidapi oleh anak syurganya itu. Floppy baby syndrome dalam bahasa mudahnya adalah keadaan di mana tubuh bayi terlalu lembik.
Jika dipegang, tangan, kaki dan kepalanya pasti akan kelihatan seolah-olah tidak bermaya untuk diangkat. Dalam kes adik Ayeesha pula, dia turut menghadapi masalah untuk bernafas disebabkan otot jantungnya yang lemah sekaligus menyukarkan jantung untuk mengepam darah dengan sempurna.
Berat ujianmu wahai anak syurga. Namun, pemergiaanmu tidak sukar. Allah S.W.T memudahkan segalanya buatmu. Tenanglah disana dan nantikanlah kedua ibubapamu di syurga nanti. Semoga ibubapa dan keluarga adik Ayeesha tabah dalam menghadapi ujian ini. In shaa Allah di syurga kelak kalian akan bersatu lagi.
SUMBER : IG @chierosli
1 Comments
"You wish to hold them coming again. And to get most of their cash, want to|you should|you have to} let them have most of it again for a longer time." The financial realities of the gaming business appear to guarantee that the St. Petersburg organization will continue to flourish. Russia has been a hotbed of slots-related malfeasance since 2009, when the country outlawed nearly all playing. Some of these cut-rate slots wound up within the palms of counterfeiters 솔카지노 eager to methods to|learn to} load new games onto old circuit boards.
ReplyDeletePost a Comment