Akhirnya Dapat Masuk Ke Pale5tin Selepas Sebulan, Pasukan Ebit Lew Diiringi Kereta Berperisai

Perkembangan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dalam misi bantuan keman.usiaannya ke Gaza, Palestin sentiasa dinantikan.

Dikatakan mempunyai kesukaran untuk masuk ke negara itu melalui Mesir, Ebit Lew tidak berputus asa.

Setelah lebih sebulan berada di Mesir, beliau dan pasukannya akhirnya berjaya masuk ke Palestin melalui Pintu Rafah.

Menurut beliau, pasukannya berjaya masuk dengan diiringi kereta berperisai.

“Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi T.entera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit per.isikan T.entera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas p.erang 2021 baru ini. Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.”

Beliau difahamkan bahawa kejayaan memasuki negara itu melalui Pintu Rafah adalah yang pertama sejak p.erang yang tercetus baru-baru ini di sana.


Ebit Lew menyatakan penghargaannya buat beberapa pihak antaranya Menteri Luar Negeri Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Hussein, DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris, YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Kerajaan Mesir.

“Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus. Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin mend.erita. Terima kasih wisma Putra Dato Ida Murni,dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.

Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.

Terima kasih P.alestin P.alestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.”

Pendakwah itu juga memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi banyak perkembangan sebelum ini atas faktor keselamatan.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat P.alestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh P.alestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan P.alestin dan Kementerian Luar P.alestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.”

Beliau merasa terharu dengan layanan rakyat Palestin yang menyambut baik kedatangannya.

Semoga segala urusan Ebit Lew dan pasukannya di sana dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Instagram Ebit Lew via hotfm