Adik Ini Berpuasa Di Dunia Tapi Berbuka Di Syurga…Manisnya Senyumanmu Nak

Tiga jam sebelum berbuka puasa hari terakhir Ramadhan 1442H, kanak-kanak berusia 12 tahun ini keluar ke pasar untuk membeli sayur. Pasar berkenaan terletak kira-kira 1km dari rumahnya di Hayyu Syuja’iyah, Timur Ghaz.zah. Hamzah terkenal di kalangan penduduk kampungnya sebagai kanak-kanak berwatak dewasa.

Dia sememangnya seorang anak yang suka menolong ibu bapanya, biarpun bukan anak sulung lelaki. Hamzah anak bongsu dari 5 beradik. Dia turut mempunyai 3 saudara sebapa. Dalam perjalanan ke pasar petang itu, Hamzah bertembung dengan sebuah pesawat ya.hudi. Mus0h dur.jana itu terus membe.dil tubuh kecil itu menyebabkannya terp3lanting beberapa meter berhampiran kawasan perkub0ran Abu al-Kas.

M4yatnya dibawa ke Hospital As Syifa’ di tengah bandar Ghaz.zah. Kakitangan hospital sangat teruja melihat jen4zah kanak-kanak ini. Wajahnya mengukir senyuman yang sungguh manis. Namun, tiada siapa mengenalinya sebagai Hamzah Nisar kerana tiada sebarang pengenalan diri pada tubuhnya.

Sehinggalah bapanya tiba di hospital kerana mencari anaknya yang tidak pulang ke rumah. Si bapa sangat terkejut mendapati Hamzah sudah tidak bernyawa. Namun kesed1hannya terubat sebaik melihat senyuman dari raut wajah anak kesayangannya itu.


Si bapa yakin bahawa anaknya mendapat anugerah sya.hid. Pasti anaknya akan ditempatkan di syurga Allah. Pasti anak ini akan menunggu ibu bapanya di pintu syurga. Demikianlah yakinnya si bapa dengan janji Allah. Bukan kali pertama keluarga ini berhadapan suasana sebegini.

Bahkan keluarga Hamzah sememangnya terkenal sebagai keluarga yang mempunyai ramai syuhada’. Antaranya ialah bapa saudaranya, Mohd Yasin Nisar yang terbun0h dalam ser4ngan udara pada 2001.

Demikian juga Yasin Naif Nisar yang terbun0h dalam serangan di Hayyu Zaitun pada 2002. Bapa saudara sebelah ibunya, Mohd Rasyad Al Khauli turut terk0rban dalam ser4ngan udara pada tahun 2014. Semoga Allah merahmati As Syahid Hamzah Nisar dan bapa-bapa saudaranya yang gugur sya.hid.

Sumber:haliabara via majalah-harian.com via kongsisibomonicko

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.