3 tahun Menahan d3rita kanse.r rahang, Akhirnya Koperal Azmi meningg4l dun1a- Alfatihah

ANGGOTA p0lis yang mend3rita kans3r rahang, Koperal Azmi Kamarudin meninggal duni4 pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi Facebook beliau sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan Koperal Azmi Kamarudin telah men1nggal dunia sebentar tadi. Salam takz1ah buat keluarga Allahyarham.

“Marilah sama-sama kita doakan agar r0h Allahyarham dicu.curi rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. InsyaAllah,” tulisnya. 


Terdahulu, media melaporkan hasrat anggora p0lis berusia 34 tahun itu untuk bertemu dengan bekas rakan setugas tercapai selepas menerima kunjungan sepasukan p0lis dari Ibu Pejabat P0lis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di kediamannya di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas, semalam.

Ketua P0lis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi Azmi, selain turut menyampaikan sumbangan lampin pakai buang beserta barangan keperluan lain.

Beliau berkata, Azmi adalah bekas angg0ta yang pernah bertugas di Bahagian Stor Barang K3s Berpusat di Kepala Batas sebelum bertukar ke Bahagian Jen4yah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jen4yah (JSJ) Ibu Pejabat P0lis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. 




Isteri Azmi, Korporal Noor Ifa Md. Sukari, 36, berkata peny4kit suaminya mulai dikesan sejak tiga tahun lalu.

“Sebelum ini, dia menjalani rawatan kem0terapi dan rad1oterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Walau bagaimanapun, kesihatannya semakin merosot sejak Jumaat lalu dan selepas menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB), kami sekeluarga memilih untuk membawanya pulang.

“Saya bergilir-gilir menjaganya bersama ibu dan bapa mentua yang tiba dari Sarawak sejak 26 Disember lalu,” katanya yang bertugas di IPD SPU.

Semoga Allah merahmati r0hnya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-or4ng yang beriman. Al-Fatihah..