Dungun : Permergian mengejut Hazrin yang merupakan anak tunggal dalam keluarga ini mengundang kesedihan buat ibunya bila mana dia disahkan meninggal dunia akibat dilanggar sebuah kereta ketika bermotosikal ketempat kerjanya.

Utusan Online melaporkan seorang pembantu kedai makan m4ut selepas motosikal yang ditunggangnya dil4nggar sebuah kereta di Jalan Balai Besar Alor Tempoyak di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 pagi itu, m4ngsa Muhammad Hazrin Mohd. Jamil, 21, men1nggal dunia di lokasi kejadian selepas dikatakan terc4mpak daripada motosikalnya.

Turut terkesan permergian Hazrin adalah rakan sekerjanya Nur Aiman Marzuki yang memut naik Video dilaman facebooknya saat saat berkerja bersama Hazrin yang disifatkannya sebagai seorang insan yang sangat baik.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, m4ngsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Ego dikatakan dalam perjalanan dari kediamannya di kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran di Kampung Balai Besar menuju ke tempat kerja di bandar ini.

Ketika keluar dari simpang, m4ngsa dilanggar kereta Proton Iriz dipandu seorang peneroka Felda Kerteh 3 berusia 54 tahun yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Balai Besar menghala ke Alor Tempoyak.

Akibat pelanggaran itu m4ngsa terc4mpak ke sebelah kanan dan motosikalnya rosak teruk, katanya ketika dihubungi hari ini.

Baharudin berkata, m4yat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semoga ibu dan ayah arwah tabah pasti kehidupan mereka teramat sunyi bila anak tersayang pergi mendahului mereka pergi dijemput ilahi saat keluar untuk berkerja moga rohnya tenang disana arwah anak yang baik dan insan yang baik dikasihi semua orang. Al fatihah.