Tidak ada mana-mana ibu bapa yang sanggup melihat anak kecilnya mend3rita akibat penyakit yang mampu membawa m3ut. Lebih memilukan apabila d3rita yang ditanggung anak kecil ini berakhir dengan sebuah kem4tian. Seperti perkongsian yang dibuat wanita ini di laman Facebooknya, dia akhirnya terpaksa redha dengan pemergian anak lelakinya selepas sekian lama bert4rung dengan ketumbuhan pada pangkal 0tak ketika usianya 4 tahun lagi.

Selamat tinggal anak syurga ku. Saat terakhir mak peluknya tadi menghembuskan nafas terakhir selepas Azan zohor dalam pelukan mak. Tunggu mak sayang ar….nya sentiasa dihati mak didunia dan akhirat. Al fatihah (Dibaca).

Tiada lagi kesakitan buatmu nak…

Allahhuakhbar. Inalillahirajiun.(Al-Fatihah. Dibaca). Akhirnya tiada harapan lagi buat anak syurga mak dengan abah, Muhamad Adam Faiq. Anak yang dikasihi ramai, Allah lebih sayangkan. Tiada lagi s3ksa dan kesakitan yang Adam rasa Allah dah menggantikan kesakitan itu syurga buat mu sayang.

Terima kasih ya Allah pinjamkn anak syurga ini buat kami, semoga Allah memberi taufik dan hidayah buat kami, kerna memikul amanah yang berat ini. Mak dengan abah redha dengan pemergianmu sayang. Insyaallah kita akan bertemu sayang, selamat tinggal anakku sayang. Sesungguhnya setiap sesuatu yang ada didunia ini bukan milik kita, ia hanya pinjaman dari Allah kerana ihsan dan kasihnya pada kita. Sakit dada mak sayang.

Menerusi perkongsian wanita itu di Facebook, dengan berat hati dia memaklumkan bahawa anak kesayangannya telah pergi buat menghadap Ilahi selepas waktu solat Zohor.

Sumber:bawangranjers