
Disebabkan pendemik Covid-19 yang masih belum reda, pihak kerajaan telah memutuskan dengan mengadakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2020M/1442H secara ringkas di Majid Negara sahaja.
Dibuat di Masjid Negara
Sejak jam 6.30 petang tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beserta Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis itu dan sambut oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi laman sosial rasmi pengurusan Masjid Negara, persiapan untuk melangsungkan majlis tersebut sudah dibuat dari awal dan perkara itu dapat dilihat menerusi muat naik yang dilakukan beberapa jam sebelum menerima kehadiran VVIP.
Didahulukan dengan ucapan Menteri Agama
Majlis tersebut juga dipancarkan secara langsung di saluran RTM dan juga Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan penuh Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Al Bakri.
Penghargaan buat Tokoh Maal Hijrah
KDYMM Baginda Agong turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1442/2020M iaitu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan wakil kepada Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa, Fadhilatul Imam Al-Akbar Syeikh Dr. Muhammad Ahmad Al-Toyyib.
0 Comments
Post a Comment