Sejak foto beliau bertemu dengan seorang pekerja sambilan di pam minyak yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM tular, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani atau mesra disapa Pakcik Shell sering menjadi sebvtan.
Sangat merendah d1ri serta langsung tidak kisah mengendali pelanggan yang ingin mengisi minyak di pam minyak, Pakcik Shell juga dilihat aktif di sosial media dan kerap memuat naik aktiviti hariannya bagi tatapan warganet.
Dalam satu perkongsian yang dibuat hari ini, beliau memaklumkan telah bergambar bersama ahli-ahli lembaga pengarah termasuk wakil perbadanan Negeri Sabah dan wakil kerajaan Negeri Sarawak yang merupakan pemegang saham syarikat.

Apa yang mencuri tumpuan adalah kapsyennya yang mengatakan tidak begitu selesa berpakaian formal dengan suit lengkap. Namun, atas urusan rasmi beliau tidak dapat menolak untuk berpenampilan sebegitu.
Menerusi perkongsian itu juga, Pakcik Shell turut sempat memuat naik gambarnya bersama pekerja pam minyak yang lebih kasual dan santai sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung tempoh hari.
Sehubungan dengan perkongsian yang ‘sempoi’ daripada Pakcik Shell, rata-rata warganet telah men1ngg4lkan komen positif diatas muat naik itu.
Mereka juga turut mengakui bahawa cara Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading itu sangat menyenangkan terutamanya buat para pekerjanya yang ada di seluruh negara.
kredit satkoba