Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki m4buk.
Kejadian kira-kira 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu menyebabkan Mohamed Zaili Mohamed, 44, m4ut di tempat kejadian akibat cedera p4rah di kepala.“Akibat rempuhan itu, mngsa terjatuh ke sebelah kiri bahu jalan manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
“Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu selepas ditahan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya.
M4ut di kepala
Beliau berkata lelaki yang merupakan pekerja kontrak itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Antarabangsa, Ampang, selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.
Zulkefly berkata pemandu kereta yang bekerja di kedai aksesori kereta itu dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber : siakap keli & JPJ