Dua minggu lalu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew telah merancang bagi membuka 10 cawangan pasar raya menjual barangan runcit berharga murah di beberapa negeri yang mampu dibeli orang ramai.
Terbaru, pendakwah berusia 36 tahun tersebut memberitahu bahawa pasar raya yang dinamakan Elews Mart itu sedang diubahsuai dan akan siap sepenuhnya tidak lama lagi.
“Berkat doa semua dah ada 10 cawangan ElewsMart sedang diubahsuai. Paling murah & ada khas rak percuma bagi yang memerlukan,” tvlisnya di laman Facebook.
Bagaimanapun, lokasi pasar raya tersebut belum dikongsi kepada umum dimana rata-rata netizen berh4rap akan mempunyai satu cawangan di kawasan berhampiran mereka.
Malah segelintir individu terus mendoakan supaya perniagaan beliau dipermudahkan dan mendapat rezeki melimpah ruah dalam membantu golongan yang memerlukan.
Selain Elews Mart, beliau turut mempunyai beberapa buah restoran, butik pakaian selain menjana pendapatan melalui video di saluran Youtube miliknya.

Sumber : Ebit Lew