Pandemik C0v1d-19 yang telah menular di seluruh dunia menyebabkan seluruh negara mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang w4bak ini.
Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang telah bermula pada 18 Mac lalu, menyebabkan ramai yang menggunakan khidmat pihak ketiga seperti  servis penghantaran makanan demi mengehadkan pergerakan setiap isi rumah.
Perkhidmatan mereka ini nyata banyak membantu sepanjang pelaksanaan PKP ini. Seorang individu dipercayai penghantar makanan berkongsi rezeki yang diterima oleh seorang penggunanya.
Menurut Ijam Shahnon, dia menerima upah berserta nota meminta didoakan dipermudahkan urusannya untuk mendapatkan zuriat.
Bismillah. Semoga akak yang beri tips ni dikurniakan zuriat olehNya. Amin
View image on Twitter
11K people are talking about this
Sumber: S.K

Hampir Kecewa Kerana Masih Lagi Tiada Rezeki Zuriat, Wanita Ini Kongsi Doa Agar Dipermudahkan Untuk Mendapat Zuriat

Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga……

 wanita ini kongsi doa agar dipermudahkan untuk mendapat zuriat
Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, pastinya mereka inginkan zuriat bukan? Tetapi rezeki zuriat ini berbeza untuk setiap individu. Ada sesetengah yang dikurniakan zuriat awal, ada juga yang lambat dikurniakan zuriat tetapi yang paling penting jangan putus asa dan sentiasa berdoa meminta pertolongan dari Allah. Mari sama-sama kita manfaatkan perkongsian dari seorang wanita bernama Liyana Akmal ini yang berkongsi doa agar dikurniakan zuriat oleh Allah SWT.
Satu ketika dulu saya selalu berdoa “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Setiap hari. Dan saya manusia biasa, saya kecewa. Saya stress doa tidak dimakbulkan Allah. 
Hinggalah satu ketika Allah izinkan saya diajarkan satu doa yang luar biasa oleh seorang ustaz ni. 
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Ultimate nikmat iaitu kecintaan dan rahmat Allah pada kita. Hubungan yang luar biasa. Maka ustaz tu ajarkan saya alter doa saya. Sejak itu, bila saya mula tukar cara doa begini saya lebih bahagia dan redha. Sebab matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu. 
Jadi kita lebih tenang dan redha ikhlas pada doa yang kita submit pada Allah. Beginilah lebih kurang doanya.
Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. 
Amin.
Strukturnya doanya lebih kurang begini. Jadi mungkin ilmu doa yg saya share ni dapat sama2 kita upgrade cara kita berdoa. Nak doa untuk mohon nikmat apa pun.. 
Jadi, kalau Allah makbulkan doa kita dan kita diuji dengan nikmat itu kita kena refresh balik doa kita dulu… asbab ujian itulah yang mendekatkan kita padaNya… 
dan kalau doa kita belum termakbul sekalipun, atas asbab itulah Allah reserve kan doa itu untuk menjaga dan memelihara pandangan dan hubungan kita dengan Dia, Allah yang Maha mengetahui. jadi kita kena belajar untuk redha… 
Insya Allah, saya hanya menyampaikan sedikit perkongsian seorang guru yang saya kira kita boleh amalkan dan upgrade life kita untuk jadi lebih ikhlas dan redha… insya Allah
Semua doa hanya Allah sahaja yang layak menilainya. Ustaz ni mendidik saya untuk menjaga hati terlebih dahulu. Membetulkan hati dan menjaga ibadah kita ikhlas dengan Allah. Urusan memakbulkan bukan tugas kita. kita sebagai hamba meminta sahaja. 
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 
Sumber : Transformasi