Sedar tak sedar, sudah hampir tiga bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu.
Kehadiran figura yang disenangi ramai itu dikatakan tepat pada masanya ketika negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama wabak Covid-19.
Sambutan hari lahir tahun lalu
Terbaru, segelintir rakyat telah mula memberikan dedikasi istimewa buat pemimpin yang berasal dari Muar, Johor itu sempena ulangtahun kelahiran ke-73 yang jatuh pada keesokan hari iaitu 15 Mei 2020.
Allah selamatkan kamu!
Menerusi beberapa group peminat dan pengikutnya di laman Facebook, rata-rata mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir dan berharap beliau akan terus memimpin Malaysia dengan cemerlang.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt agar terus memimpin negara Malaysia dengan penuh cemerlang & terbilang!,” tulis Huzry Fionnawatty Hussien.
Jom sama2 ‘wish’!
Beberapa individu lain turut mendoakan supaya Muhyiddin terus panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan mentadbir negara.
Rakyat sayang PM!
Menerusi ruangan komen, rakyat juga turut mengucapkan hari jadi buat perdana menteri kita. Semoga diberikan kesihatan yg baik & terus memimpin negara malaysia yg tercinta
Happy birthday abah TSMY
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki
Terima kasih atas segala kerja kuat dan pengorbanan
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih
Sumber: OMM