Selepas kembali memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew tidak lagi memandang kebelakang dan terus menghulurkan bantuan buat sesiapa sahaja.
Kali ini, Ustaz Ebit telah pergi ke daerah Sungkai dan memasuki daerah perkampungan demi memberikan bantuan tanpa mengira kaum ataupun agama.
Dalam postingnya di Facebook, pendakwah tersebut mengakui berasa sebak melihat keadaan beberapa keluarga yang daif dengan rumah yang didiami mengalami kerosakkan.
Walaupun ditawarkan untuk tinggal dirumah yang lebih selesa, mereka menolak dengan baik kerana memikirkan jar4k perjalanan ke tempat kerja yang agak jauh.
Dalam pada itu juga, Ebit Lew turut sempat singgah ke beberapa buah kuil untuk bertemu sami bagi memberikan sumbangan kepada mereka.
Barangan dapur dan sedikit wang tunai di serahkan bagi membantu mereka membeli barangan keperluan ketika dalam keadaan sukar seperti ini.

Susulan daripada perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew, rata-rata warganet telah men1ngg4lkan komen yang pelbagai diruangan facebook sumber.
Mereka telah menzahirkan rasa kagum dan terharu kepada Ebit Lew kerana langsung tidak menjadikan agama dan kaum sebagai batasan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesempitan.
Sumber : Ebit Lew