Ramadan sudah pun menghampiri penghujungnya dengan berbaki lebih kurang 10 hari lagi. Masa ni lah kita nak lipat gandakan target ibadat kita pada bulan mulia ni. Mesti ramai yang rasa sayu sebab tak boleh ke masjid untuk solat tarawih kan. 
Namun, Muslim di Tel Aviv telah mengadakan solat tarawih secara beramai-ramai di kawasan terbuka, lapor Sinar Harian. Siap jarak dua meter weh antara jemaah!
Difahamkan, mereka telah melaksanakan ibadah tersebut di kawasan parking yang berdekatan dengan kawasan pantai. Fuh, mesti sejuk je ditiup angin pantai masa solat kan. Kalau macam ni, imam baca surah panjang pun takpe.
Solat tarawih tersebut telah dianjurkan oleh komuniti Islam di situ. Puluhan Muslim yang terlibat dalam menunaikan solat tarawih juga dilihat memakai topeng muka.
Selain itu, pihak penganjur juga telah memasang lampu di kawasan terbabit supaya terang dan para jemaah boleh solat dalam keadaan selesa.
Macam-macam cara dorang ni buat untuk hidupkan bulan Ramadan ni. Agak-agak kat Malaysia boleh try buat jugak ke? 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : lobak merah