Ucapan sebak daripada salah seorang anak tahfiz tersebut membuatkan netizen yang menonton boleh berlinang air mata.
Sesungguhnya, ucapan yang penuh rendah diri, adab, sopan-santun dan lemah-lembutnya sangat menyentuh perasaan. Anak tahfiz itu juga tidak ketinggalan untuk mendoakan kesemua petugas-petugas kesihatan di hadapan beliau agar dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Semoga anak-anak tahfiz ini terus dilindungi oleh Allah, diberikan kesihatan yang terbaik untuk mereka meneruskan kerja-kerja di jalan Allah.
Berikut adalah komen-komen dari netizen mengenani video tersebut. Rata-rata dari mereka menunjukkan emosi sedih dan terharu menonton video itu.