Kali ini kita menyambut bulan Ramadan dalam keadaan sedang ‘berjuang’ melawan wabak Covid-19 yang melanda di seluruh pelusuk dunia. Ya, memang kali ini sangat berbeza seperti tahun-tahun yang lalu. Tetapi, sedarkah kita bahawa ada banyak hikmah yang telah diaturkan oleh Sang Pencipta dengan apa yang berlaku sekarang ini. 

Perkongsian ini daripada Dr Taufiq Razif tentang hikmah puasa Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mungkin kita tidak sedar dan terlepas pandang. Dengan ini, semoga pada bulan yang penuh barakah ini, kita semua dapat menunaikannya dengan ikhlas dan sempurna.

1. Mungkin ini kali pertama kita fokus 100% berpuasa di Bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan persiapan Aidilfitri

2. Mungkin ini kali pertama kita boleh fokus 100% terawih bersama anak anak dan isteri

3. Mungkin ini pertama kali pahala puasa kita tidak terganggu oleh dosa mata ketika mengunjungi Bazar Ramadhan seperti tahun tahun sebelum ini

4. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan Uzlah dan bersunyi sunyian hati kita bersama dengan Ilahi

5. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita terhindar daripada pergaulan bebas dan waktu solat yang tidak dijagai

6. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri untuk refleksi hati dan diri kita sendiri
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)
Sumber: Dr Taufiq Razif