Sejak semalam, terdapat beberapa kawasan zon merah C0vld-19 sudah mula menjalani proses sanitasi nyah cemar dalam usaha membendung penularan wabak C0vld-19.

Rumah Mansion Selangor dan Flat Malayan Mansion di Jalan Masjid India di sini adalah dua lokasi terkini yang akan diperketatkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ia berikutan terdapat 15 orang dari kawasan itu didiagnosis dengan C0vld-19, maka gerakan PKP di kawasan tersebut telah dipertingkatkan.

Pihak berkuasa telah memasang dawai di sekitar kawasan bagi mengelakan orang ramai melalui kawasan yang tercemar.  Sementara petugas kesihatan membuat pemeriksaan di kawasan tersebut.






Dapat kita perhatikan menerusi gambar yang dikongsikan oleh jurufoto Iskandar Aiysah, memaparkan situasi di sekitar Jalan Masjid India ketika proses ‘lockdown’.

Berdasarkan gambar-gambar itu, dilihat para petugas ada terdampar keletihan dengan bermandi peluh kerana terpaksa bekerja dengan memakai sut PPE sebagai langkah keselamatan.








Melihat wajah-wajah lesu dan penat para petugas, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan serta terharu melihat pengorbanan petugas barisan hadapan berbakti untuk negara.






Terima kasih diucapkan para barisan hadapan kita, tanpa mereka kita mungkin tidak akan mampu melawan virus C0vld-19 ini. Semoga mereka semua tetap kuat dan tabah meneruskan perjuangan.

Sumber : Iskandar Aiysah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!